Jalan Laluan Batang Kali – Genting Highlands Hulu Selangor akan dibuka semula mulai jam 5 petang esok

23

KUALA LUMPUR, 5 JANUARI 2023 – Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) memaklumkan bahawa Jalan Negeri B66 Laluan Batang Kali – Genting Highlands Seksyen 14.0, Hulu Selangor yang telah ditutup sejak 16 Disember 2022 ekoran kejadian tanah runtuh akan dibuka semula pada 6 Januari 2023 jam 5.00 petang dengan kawalan Pihak Berkuasa.

Katanya dalam satu kenyataan media hari ini, laluan sementara akan dibuka satu lorong sahaja dan terhad kepada syarat-syarat seperti berikut :

1. Pekerja di kawasan Genting Highlands yang mempunyai surat pengesahan majikan sahaja.

2. Kelas kenderaan yang dibenarkan adalah kepada kenderaan kelas 1 (motokar, teksi dan kenderaan pelbagai guna) dan kenderaan kelas 6 (motosikal & skuter) sahaja.

3. Pengguna yang menggunakan laluan tersebut tidak dibenarkan berhenti di kawasan kejadian tanah runtuh.

JKR turut menyarankan kepada pengguna jalan raya untuk menggunakan dua (2) laluan alternatif seperti di Rajah 1 dan Rajah 2 bagi mengurangkan risiko kesesakan :

\"\"

Untuk sebarang pertanyaan, orang awam boleh menghubungi JKR Hulu Selangor di talian 03-60641046, 03-60641146, 03-60641058 dan 03-60641073.

E Arkian

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp