4 Februari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato\’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menerima kunjungan dari Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin di pejabat beliau.
Menurut Ismail Sabri dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasminya semalam, pertubuhan tersebut telah menyerahkan memorandum pengeluaran KWSP bagi menuntut pengeluaran secara bersasar untuk menangani kos sara hidup yang semakin meninggi.
\”Terima kasih Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin atas pertemuan ini dan diharapkan terus menjadi mata dan telinga rakyat dan sentiasa peka dengan keperluan rakyat di negara ini.
InsyaAllah saya akan bangkitkan isu ini sewaktu perbahasan di Parlimen yang akan berlangsung mulai pertengahan bulan Februari ini.\” kata Ismail Sabri.
- Makna hari raya di mata anak-anak OKU pembelajaran
- HEROAD Lancar Era Baharu Permainan: Peralatan Bertaraf Profesional dengan Nilai Terbaik
- Bubur Lambuk, Iftar Jamaie SMK Kota Masai Semarakkan Ramadan
- Biologi sel mengajar kita erti ukhuwah yang sebenar
- UM kongsi rezeki bersama 70 keluarga asnaf di Ampang
