• Direka untuk menjana pulangan pelaburan (ROI) dengan kos yang lebih efisien, Mailchimp kini menggabungkan data pelanggan bersepadu bersama automasi pintar merentas e-mel dan saluran komunikasi digital.
• Inovasi produk ini ditawarkan di 185 negara dan wilayah meliputi Amerika Utara, Amerika Latin, EMEA dan APAC.
Malaysia, Februari 11 – Intuit Inc. (Nasdaq: INTU), platform teknologi kewangan global yang membangunkan perisian Intuit TurboTax, Credit Karma, QuickBooks dan Mailchimp, hari ini mengumumkan pelancaran rangkaian inovasi produk Mailchimp baharu yang direka untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memacu pertumbuhan e-dagang yang menguntungkan.
Didukung oleh platform Intuit, penambahbaikan ini memperluas keupayaan peniaga PKS untuk menghubungkan dan menyelaras data mereka dalam satu sistem bersepadu, seterusnya mengaktifkan kempen omnichannel yang berpotensi menjana sehingga 30 kali pulangan pelaburan (ROI)¹ bagi pelanggan e-dagang, tanpa meningkatkan kos atau operasi yang merumitkan
“Perniagaan e-dagang kini berdepan tekanan yang semakin tinggi untuk membuktikan bahawa setiap kempen benar-benar menyumbang kepada hasil jualan,” kata Diana Williams, Naib Presiden Produk di Intuit Mailchimp. “Melalui pelancaran ini, pelanggan Mailchimp kini menikmati 26% lebih banyak pencetus automasi e-dagang yang membantu mereka memanfaatkan data, automasi dan analitik lanjutan dalam satu platform bersepadu. Ini membolehkan perniagaan melaksanakan kempen dengan lebih pantas, merancang strategi yang lebih canggih, serta melihat dengan jelas bagaimana setiap inisiatif pemasaran menyumbang kepada ROI,” katanya.
Penambahbaikan Utama Merangkumi:
• Integrasi Data Lebih Pintar: Integrasi Shopify yang dipertingkatkan, Site Tracking Pixel proprietari Mailchimp serta sambungan baharu ke platform ulasan yang menyatukan data berasaskan persetujuan dikumpulkan dalam satu lokasi bagi memperkukuh segmentasi dan automasi.
• Perluasan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Pemesejan Transaksi: Liputan SMS yang diperluas merentasi Eropah², bersama alat tangkapan persetujuan segera dan kod diskaun unik, membolehkan peniaga berinteraksi secara langsung melalui mudah alih dengan pelangganserta memacu penjanaan hasil.
• Papan Pemuka Omnichannel Bersepadu: Paparan tunggal merangkumi prestasi e-mel, SMS, automasi dan e-dagang membantu perniagaan mengenal pasti perjalanan pelanggan yang menjana hasil serta mengoptimumkan perbelanjaan.
• Alat Migrasi yang Lebih Mudah: Alat baharu memudahkan perniagaan memindahkan senarai kenalan, templat dan aliran kerja dengan gangguan minimum.
• Pelaksanaan Berteraskan Kecerdasan Buatan (AI): Analitik ramalan, alat penjanaan kandungan berasaskan AI serta integrasi ChatGPT yang menyokong pembinaan kempen jualan dengan lebih pantas dan lebih tepat.
Pelanggan e-dagang juga telah melaporkan penjimatan masa purata 16 jam seminggu selepas menggunakan Mailchimp³. Pengguna SMS e-dagang pula mencatatkan sehingga 22 kali ganda ROI⁴. Malah, pelanggan yang mengintegrasikan Shopify dengan Mailchimp menjana sehingga AS$41 (sekitar RM162) hasil bagi setiap AS$1 (sekitar RM3.94) yang dibelanjakan⁵.
“Sebagai perniagaan global yang tersedia di hampir setiap negara di dunia, kami terus memperkenalkan inovasi e-dagang yang memberikan ROI yang nyata,” kata Ciarán Quilty, Naib Presiden Kanan Antarabangsa, Intuit. “Kami menyediakan perniagaan kecil dan sederhana akses kepada data bersepadu, automasi dan AI yang saling melengkapi dan berfungsi secara lancar. Justeru, beralih kepada Intuit Mailchimp bukan sekadar pilihan yang mudah hari ini, tetapi satu langkah penting untuk memastikan pertumbuhan mampan pada masa hadapan.”
Dengan menghubungkan keupayaan pemasaran lanjutan secara langsung kepada hasil perniagaan serta disokong oleh platform kewangan Intuit yang lebih menyeluruh, Mailchimp membolehkan perniagaan jualan digital melaksanakan kempen yang lebih berkesan dan mengurus operasi yang lebih menguntungkan berteraskan data.
Keupayaan baharu yang memfokuskan e-dagang ini mula dilancarkan secara global bermula 10 Februari bagi pelan Mailchimp yang layak
