KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa ibu bapa atau penjaga yang membenarkan anak di bawah umur memandu kenderaan atau menunggang motosikal tanpa lesen sah berdepan hukuman berat.

Tindakan sambil lewa ini bukan sahaja membahayakan keselamatan anak mereka, malah turut mengancam pengguna jalan raya lain. PDRM menyeru semua pihak untuk memahami risiko dan hukuman yang boleh dikenakan melalui infografik panduan yang dikeluarkan.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, ikuti saluran rasmi PDRM.