Huawei Mengeluarkan Kertas Putih One ISP One Network bagi Membantu ISP Meneroka B2B Blue Ocean

17

SHANGHAI, CHINA – Media OutReach Newswire – 18 September 2025 – Sidang meja bulat bertema “One ISP One Network: Driving Growth on the B2B Frontiers” berakhir dengan nod tinggi di HUAWEI CONNECT 2025 di Shanghai. Di sidang meja bulat tersebut, Huawei telah membawa bersama pakar dan rakan kongsi ISP dari Timur Tengah, Asia Pasifik, dan Afrika untuk meneroka cara yang efektif bagi membantu ISP mengembangkan perniagaan B2B mereka. Sebagai tambahan, Huawei telah mengeluarkan satu Kertas Putih One ISP One Network bagi membantu ISP membuka kunci yang mendedahkan nilai rangkaian mereka.

Foto Kumpulan

Dalam ucapan pembukaannya, Frank Lu, Timbalan Presiden BU ISP & OTT Huawei, menyentuh tentang peluang baharu yang sedang menanti ISP hasil daripada akselerasi transformasi digital global dan lonjakan dalam perkhidmatan B2B, seperti talian peribadi kerajaan dan perniagaan dan interkoneksi awan. ISP mesti memfokus terhadap masa hadapan, mengutamakan pandangan jauh yang strategik, pembezaan dari segi perkhidmatan, dan penambahbaikan efisiensi. Mereka perlu merancang rangkaian mereka terlebih dahulu dengan merekabentuk satu peta jalanan yang berlanjutan selama 3–5 tahun dari satu perspektif global, membentuk tren perniagaan secara proaktif dan bukan hanya sekadar merespons secara reaktif.

Ado Du, CEO Domain Rangkaian Jalur Lebar Huawei, mengambil peluang semasa ucaptama beliau untuk menerangkan bagaimana arkitektur sasaran One ISP One Network Huawei membantu ISP membangunkan perkhidmatan B2B mereka melalui tiga strategi utama: (1) Membina satu arkitektur yang tangkas, fleksibel, dan modular yang memisahkan rangkaian dari perkhidmatan, membolehkan penawaran perkhidmatan segera dan pengembangan rangkaian yang efisien. (2) Menyediakan perkhidmatan kitar hayat penuh yang berpusatkan kepada pengalaman pengguna dan menyampaikan pembezaan dari segi pengalaman melalui teknologi SRv6 dan ROADM. (3) Mempromosi O&M pintar bagi membolehkan peruntukan untuk perkhidmatan laju, pemulihan ralat secara mandiri, dan O&M yang lebih efisien.

Di sidang meja bulat tersebut, perwakilan DIL Technology for Communications dari Iraq dan Vumatel dari Afrika Selatan telah berkongsi pengalaman memudahcara perkhidmatan B2B melalui rangkaian mereka. Perbincangan yang melibatkan penyertaan aktif dari pakar-pakar ISP menawarkan cadangan bernas yang berharga berhubung perancangan dan pembinaan rangkaian. Acara itu turut menyaksikan Huawei mengeluarkan Kertas Putih One ISP One Network, yang menganalisa secara menyeluruh tren industri ISP, arkitektur sasaran, dan peta jalanan evolusi itu. Kertas Putih ini mensasar untuk membantu pelanggan menjana wang dari sumber rangkaian dan membuka kunci yang mendedahkan nilai rangkaian mereka.

Memandang ke hadapan, Huawei akan meneruskan usaha untuk memperkuatkan inovasi dan pelaburannya dalam sektor ISP, menjalin perkongsian dengan pelanggan untuk memacu usaha bagi mengecapi kejayaan bersama dalam era baharu kepintaran industri.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp