SHENZHEN, CHINA – Media OutReach Newswire – 18 September 2025 – Firma penganalisis terkemuka antarabangsa Gartner® telah mengeluarkan laporan “Magic Quadrant bagi Platform Storan Perusahaan, 2025”. Huawei telah diistiharkan berada dalam Kuadran Peneraju, iaitu satu-satunya penyedia bukan dari Amerika Utara yang berjaya mencapainya.

Storan Data Huawei terus memacu inovasi teknologi dengan memanfaatkan platform data sedia AI, ketahanan dan kecekapan data yang mantap serta pengurusan data pintar lanjutan bagi memenuhi secara menyeluruh pelbagai keperluan perusahaan dalam kes penggunaan awan hibrid, AI dan operasi perniagaan kritikal.
Penyelesaian Storan Data Huawei digunakan di lebih daripada 150 negara dan wilayah di seluruh dunia untuk melayani pelanggan dalam industri seperti kewangan, telekomunikasi, pembuatan, penjagaan kesihatan, kerajaan dan utiliti awam yang merangkumi Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Afrika serta rantau Asia-Pasifik.