Hollyland WeConnect 2025 Labuh Tirai dengan Perayaan Pertukaran Kreativiti dan Budaya Global

25

SHENZHEN, China, 13 September 2025 /PRNewswire/ — Selepas hampir dua bulan aktiviti berlangsung, kempen WeConnect 2025 Hollyland melabuhkan tirai pada 12 September, iaitu Hari Jenama Hollyland yang menandakan berakhirnya suatu perjalanan global yang menghubungkan teknologi, budaya serta kreativiti. Melalui kombinasi antara pengalaman luar talian dan inisiatif digital, kempen ini menerima konsep HUBUNGAN (CONNECTION) yang menerobos sempadan geografi dan budaya untuk memberi inspirasi kepada penjelajahan silang budaya serta pertukaran kreatif.

Kolaborasi, Budaya dan Hubungan

Menjadi nadi inisiatif ini ialah WeConnect 2025 China Tour yang menghimpunkan lebih 30 pencipta global, termasuk Landon Bytheway daripada sekolah filem dalam talian FTF  (Full Time Filmmaker), pencipta kandungan digital Jairo Eslava ( @yolerolero ) serta pelakon Indonesia dan penggiat YouTube Chandra Liow  bagi menempuh perjalanan imersif selama lima hari menelusuri Shenzhen dan Chongqing.

Perjalanan ini dimulakan pada 27 Ogos di ibu pejabat Hollyland Shenzhen. Aktiviti-aktiviti suai kenal memupuk hubungan yang pantas, diikuti dengan pengalaman langsung menerusi ukiran laser mikrofon termaju dan kamera penstriman langsung VenusLiv Air yang baru dikeluarkan. Forum sembang secara bersemuka pula memperdalam lagi perbincangan dan mewujudkan suasana bagi tujuan penjelajahan kolaboratif.

Di Chongqing, lawatan beralih kepada imersi budaya. Bermula daripada santapan malam stimbot yang meriah dan permainan berasaskan dialek hinggalah pementasan opera Sichuan bertukar-tukar wajah dan acara tuang teh teko muncung panjang di Jiaotong Teahouse, para pencipta dapat merasai pengalaman tradisi bandar ini yang meriah. Lawatan ke hutan terapung di Raffles City dan buaian latar langit memberikan latar belakang pemandangan bandar-bertemu-alam semula jadi yang menarik dan menginspirasikan pendekatan baharu terhadap penceritaan visual.

Menjelang 30 Ogos, para peserta menjadi penglipur lara, mengabadikan irama Chongqing melalui lensa mereka. Bermula dengan kereta api Stesen Liziba yang melalui bangunan bertingkat tinggi hinggalah pemandangan malam Hongyadong yang bercahaya, setiap bingkai mencerminkan tenaga dan kontras bandar ini. Hari terakhir merangkum sesi potret di studio foto bersejarah dan pengalaman langsung dengan warisan budaya tidak ketara, seperti karya gosok dakwat dan moksibusi tapak tangan, lalu mewujudkan hubungan emosi yang lebih mendalam dengan budaya tempatan.

Sepanjang perjalanan ini, para pencipta bukan sahaja dapat mengalami teknologi canggih daripada Hollyland tetapi juga memperoleh pemahaman secara langsung berkenaan sejauh mana inovasi China disepadukan ke dalam kehidupan seharian. Selama beberapa hari, mereka meneroka pelbagai pengalaman budaya, beralih daripada imersi yang luas kepada penghargaan peribadi yang lebih mendalam. Kerangka penciptaan bersama acara ini menggalakkan para peserta untuk menerima kepelbagaian, membina hubungan bermakna dan berusaha ke arah mencapai matlamat bersama. Dengan cara ini, lawatan ini berkembang menjadi jambatan budaya, kolaborasi dan hubungan.

Turut melengkapkan China Tour ini ialah Hollyland Academy Special Version yang diadakan di sembilan negara. Setiap persinggahan menggabungkan pengalaman budaya tempatan ke dalam bengkel kreatif, bermula dengan menyediakan salad Mesir dan makanan laut Emiriah hinggalah barbeku dan perlawanan bola sepak Brazil, atau lawatan kuil di Thailand. Aktiviti-aktiviti ini memperluas set alat kreatif peserta dan dalam masa yang sama menggabungkan alat teknologi ke dalam proses, meneruskan misi inisiatif WeConnect untuk menggabungkan inspirasi budaya dengan pembangunan kemahiran.

Bunyi, Cerita dan Lagu

Dari segi digital, Hollyland mengundang khalayak global untuk terlibat dan mencipta bersama.

Sound Museum menjadi salah satu sorotan yang paling menarik. Melalui topik-topik budaya atau teknologi, para peserta menyumbangkan impresi auditori tentang kehidupan harian, bahasa dan emosi mereka, lalu menghasilkan 5,044 penglibatan yang luar biasa. Bermula daripada wajah kota hinggalah ekspresi peribadi, projek ini bertukar menjadi “jambatan auditori” kolektif, menghubungkan budaya melalui bunyi yang dikongsi bersama dan mengetengahkan tema teras kempen WeConnect iaitu integrasi budaya.

Projek Hello World memperluas visi ini secara visual, dengan para peserta mencipta karya di bawah tema “A Fresh Lens on the Familiar” (“Lensa Baharu ke atas Objek Biasa”). Dengan mentafsirkan semula latar harian melalui pelbagai perspektif budaya, penyumbang menunjukkan kekayaan kreativiti global dan menonjolkan resonans kolaborasi teknologi.

Sementara itu, Theme Song Lab mengubah hadirin menjadi pencipta bersama. Melalui proses penyertaan yang terbuka, pengguna mencipta muzik yang merangkum hubungan silang budaya dan rentas wilayah. Inisiatif ini menerima lebih daripada 11,000 tanda suka dan lebih 500 komen yang ikhlas. Dua buah lagu oleh Patricia Bermúdez & Alonso Degert dan oleh IAMJUSTSKAY & IMTPEE dipilih sebagai karya akhir yang berjaya yang mengabadikan semangat keterangkuman serta kolaborasi.

Bagi menambah sentuhan yang nyata, kotak kejutan dihantar di peringkat global pada 1 September bagi membolehkan lebih ramai pengguna Hollyland berkongsi kegembiraan penemuan.

Meskipun kempen WeConnect 2025 sudahpun berakhir, Hollyland mengesahkan sekali lagi komitmennya untuk menyokong para pencipta. Dengan memajukan inovasi teknologi, syarikat ini berusaha untuk memperkasakan kreativiti, memperkukuh hubungan global dan menunjukkan bagaimana gabungan antara teknologi dan budaya dapat mencetuskan kolaborasi dan inspirasi yang tidak terbatas.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp