QINGDAO, China, 15 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah global melancarkan secara rasmi TV Laser TriChroma Hisense L9Q, lantas mentakrifkan semula hiburan rumah dengan kecerahan unggul, bunyi yang imersif serta reka bentuk cekap ruang.

L9Q membawakan kecerahan 5000 ANSI Lumens dan nisbah kontras 5000:1, menghasilkan imej yang luar biasa terang dengan warna hitam pekat serta perincian yang tajam—walaupun di dalam bilik yang terang. Dengan kawalan cahaya jitu dan ketepatan warna yang terang daripada teknologi laser ganda tiga, setiap bingkai dihidupkan dengan keamatan sinematik.
Direka agar sesuai dengan sebarang gaya hidup, L9Q menyokong saiz tayangan bermula daripada 80″ hingga 200″ yang seterusnya dapat menukar sebarang ruang menjadi teater peribadi. Hisense turut menyediakan penyelesaian berpasangan dengan skrin Penolakan Cahaya Ambien (ALR) yang boleh didapati dalam saiz pilihan 100″, 110″, 120″, 139″ dan 150″, memberikan imej yang amat jelas dalam sebarang keadaan pencahayaan.
Diperakui dengan IMAX Enhanced dan menyokong Dolby Vision, L9Q menawarkan visual yang dipertingkat untuk kejelasan dan skala yang luar biasa. Sama ada semasa menikmati filem blokbuster yang terkini atau menstrim satu siri, penonton boleh mengharapkan keasyikan gred-studio.
Bagi audio pula, L9Q membawakan edisi Opéra de Paris | Devialet yang eksklusif. Sistem pembesar suara saluran 6.2.2 dengan Dolby Atmos menghasilkan bunyi pelbagai dimensi dan lantang yang memenuhi ruang bilik—amat sesuai untuk filem dan juga muzik.
Reka bentuk Lontaran Ultra Pendek (0.18 TR) membolehkan penayangan skrin besar dari jarak hanya beberapa inci, lantas menghapuskan keperluan untuk persediaan yang rumit atau ruang yang besar. Namun begitu, selain daripada prestasi teknikal, L9Q turut menonjol dalam aspek reka bentuk. Diilhamkan oleh struktur cahaya bulat Royal Opera House dan kebuk akustik teater Rom, ia menggambarkan falsafah Hisense iaitu “Kesenian Abadi Bertemu Teknologi Dinamik.” Reka bentuk yang ikonik ini melayakkannya meraih anugerah Red Dot 2024 dan iF Design Awards 2025 yang seterusnya meningkatkan pengalaman pawagam rumah dalam aspek bentuk serta fungsinya.

Menurut data S1 2025 Omdia, Hisense menduduki kedudukan No.1 di peringkat global bagi bahagian volum TV Laser (69.6%), seterusnya melanjutkan kepimpinannya selama enam tahun berturut-turut. Sebagai model laser yang paling canggih daripada Hisense, L9Q menggambarkan visi Hisense untuk membantu pengguna Menguasai Detik Ini (Own the Moment)—mengubah pengalaman seharian, bermula daripada malam menonton filem bersama keluarga hinggalah konsert solo dan keseronokan hari permainan, menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.
L9Q dijangka akan menembusi pasaran-pasaran utama di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan lain-lain pada S3. Tarikh keluaran, harga dan ketersediaan akan ditentukan oleh pasaran tempatan dalam minggu-minggu akan datang, sila nantikan perkembangan selanjutnya.