PUTRAJAYA 6 Disember 2022 – Menteri Belia dan Sukan yang baru, Hannah Yeoh telah tiba di Menara KBS pada jam 8.22 pagi dengan disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Jana Santhiran Muniayan dan Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi KBS.
Beliau diiringi oleh pegawai-pegawai kanan KBS dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.
Sejurus selesai mengimbas kad perakam waktu, Hannah seterusnya bergerak ke ruang pejabat beliau untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas serta mendengar taklimat daripada Ketua Setiausaha KBS.
Hannah adalah menteri ke-21 dilantik sejak penubuhan KBS pada 1964. Seluruh warga KBS mengalu-alukan kedatangan Hannah yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu berkuatkuasa 3 Disember 2022.
Lagi Berita Belia dan Sukan :
[Galeri] Pertandingan Fitness Drummin’ 2022 peringkat akhir
By E NEWSNovember 26, 2022
Gaya HidupMY LNASukan
BIKE8 Cup International Pushbike Championship 2022 Tampil Di Velodrome Nasional, Nilai Buat Pertama Kali
By E NEWSNovember 23, 2022
AMMY LNASukan
Satu keputusan Atypical Finding (ATF) dalam penyiasatan ADAMAS
By Azmi SallehNovember 23, 2022