GRS bawa aspirasi rakyat Sabah – Armizan

36

PUCHONG, 15 Disember 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali menafikan dakwaan bahawa keahlian parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ibarat bermain dua kolam.

Menjawab soalan pemberita selepas sesi perjumpaan bersama NGO Rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia) di sini semalam, Armizan berkata sentimen masayarakat di Sabah adalah menginginkan supaya parti politik bergerak sebagai parti lokal.

\"\"

\”Itu agenda yang kita inginkan sebab kita melihat landskap politik Malaysia pada hari ini, supaya dapat memperjuangkan agenda Sabah serta kepentingan negeri itu adalah lebih efektif melalui gagasan lokal.

Itu sebabnya kita tidak boleh menentang aspirasi yang diingini oleh majoriti masyarakat Sabah dan itu juga sebabnya kenapa kita menubuhkan dan menyertai GRS pada masa itu bagi membolehkan parti-parti lain menerima dan sedia untuk bekerja sama dengan kita

Sebagaiman di peringkat Nasional, di Sabah juga tidak ada mana-mana parti boleh menubuhkan kerajaan secara bersendirian melainkan melalui kerjasama. Itu sebabnya kita mempunyai kerjasama dengan PBS, USNO, STAR, SAPP dan mereka ini mahukan kerja sama itu diteraskan kepada satu landasan parti politik lokal.

Dan itulah sebabnya kita menubuhkan GRS dan tidak ada persoalan bahawa kita bermain (dua) kolam . Kita punya sasaran adalah pengundi-pengundi Sabah.\” jelas Armizan.

Tambah beliau dengan adanya penubuhan GRS itu maka sokongan daripada masyarakat di Sabah kepada gerakan mereka adalah lebih baik .

Beliau turut menjelaskan bahawa dalam perlembagaan GRS ada dua komponen keahlian iaitu direct membership dan keduanya membership (melalui) parti-parti gabungan.

Jelas beliau lagi, penubuhan GRS adalah sebagai satu platform bergerak atas acuan agenda tempatan yang memegang empat teras perjuangan iaitu Sabah First, Sabah Prosper, Sabah Forward dan Sabah United.

 

Lagi Berita Politik :

\"\" AMMY LNAPolitik

GRS bawa aspirasi rakyat Sabah – Armizan

By Azmi SallehDecember 16, 2022 \"\" MY LNAPolitik

PELUNCURAN BUKU KEADILAN BAGI ORANG YANG BERSOLAT TERBITAN ABIM, DI PERAK

By E NEWSDecember 10, 2022 \"\" AMMY LNAPolitik

Pemimpin Bersatu Sabah Keluar Parti

By NazrulazuadDecember 10, 2022

Azrul Azmi Rizal

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp