Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia meningkatkan produktiviti lapangan dan ketepatan data masa nyata dengan tablet tahan lasak Getac
TAIPEI, 23 Oktober 2025 /PRNewswire/ — Getac Technology Corporation (Getac), penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian pengkomputeran dan video mudah alih tahan lasak serta pengilang dengan keupayaan dalaman termaju, mengumumkan bahawa tablet F110 tahan lasak digunakan dengan jayanya oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sebagai sebahagian daripada inisiatif pemodenan Geospatial Data Acquisition System (GDAS) Projek ini. Projek ini meningkatkan keupayaan JUPEM untuk menyampaikan data geospatial yang jitu dan tepat pada masanya merentas pelbagai rupa bumi dan keadaan.

JUPEM memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan negara Malaysia melalui perkhidmatan pensurveian, penentuan sempadan dan pemetaan yang tepat. Operasinya merangkum persekitaran lapangan jauh dan mencabar, termasuk hutan tebal, pusat bandar dan kawasan pantai. Teknologi sedia ada JUPEM bergelut dengan kadar kegagalan yang tinggi dan integrasi yang kurang baik dalam keadaan melampau seperti ribut tropika, kelembapan tinggi dan suhu tinggi yang membawa kepada penurunan produktiviti dan kelewatan dalam penghantaran data.
Data masa nyata mengubah operasi lapangan
JUPEM menggunakan tablet tahan lasak sepenuhnya F110 daripada Getac dalam seluruh operasi lapangannya bagi menangani cabaran ini. Peranti ini direkayasa untuk keadaan lapangan yang sukar dan menawarkan dwibateri boleh tukar panas, skrin sentuh serasi sarung tangan dan paparan boleh dibaca cahaya matahari. Ciri-ciri ini, digabungkan dengan keupayaan integrasi data masa nyata, membolehkan pasukan lapangan mengumpul, memproses dan berkongsi data geospatial tanpa gangguan, walaupun semasa kerja lapangan yang dilanjutkan.
Jerry Huang, Naib Presiden Getac Technology Corporation, berkata, “Penerimagunaan F110 oleh JUPEM memperlihatkan bagaimana penyelesaian mobiliti tahan lasak boleh memperkasakan projek-projek infrastruktur negara yang kritikal. Kolaborasi Getac bersama JUPEM menggambarkan komitmen berterusan kami untuk membantu golongan profesional barisan hadapan mengatasi halangan persekitaran yang melampau, memperoleh cerapan masa nyata dan menyampaikan hasil yang berkualiti tinggi melalui teknologi yang boleh diharapkan.”
Shamsul Masrin Bin Saidin, Juruukur, JUPEM, menjelaskan, “Menerusi penggunaan peranti tahan lasak Getac, kecekapan kami bertambah baik dengan sangat banyak. Kerja-kerja kini boleh dilakukan dengan cepat serta di lapangan dan kami dapat berkolaborasi dengan pasukan pejabat dengan lebih berkesan. Peranti F110 Getac amat sesuai digunakan di bawah keadaan panas terik kerana skrin kekal mudah dibaca. Selain itu, baterinya tahan lama dan mudah digantikan semasa kerja-kerja sedang berjalan.”
Integrasi lancar dengan sistem geospatial masa nyata
F110 Getac diintegrasikan secara lancar dengan platform GDAS JUPEM yang lebih luas yang dapat menyokong langkah strategik agensi ini menuju automasi, kecerdasan buatan (AI) dan pemerolehan data berasaskan satelit. Platform ini menyokong pembuatan keputusan pada masa nyata, mengurangkan proses manual dan meningkatkan keselamatan operasi dan kesinambungan semasa tugasan lapangan.
LSr Dr Haji Ahmad Sanusi Bin Che Cob, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, JUPEM, menyatakan, “Salah satu aplikasi yang penting di JUPEM melibatkan menjalankan kerja lapangan menggunakan alat ukur tugas berat dan peralatan ICT. Juruukur kami kini lebih bersedia untuk menangani cabaran di lapangan, termasuk perubahan mendadak dalam keadaan cuaca. Sistem GDAS membolehkan tindak balas pantas, meningkatkan keselamatan dan memastikan operasi tanpa gangguan. Ia memainkan peranan penting dalam usaha kami untuk memenuhi tuntutan yang semakin meningkat terhadap data geospatial. Hari ini, pengguna mengharapkan data yang tepat, terkini dan dihantar dengan cepat. Dengan sistem ini, JUPEM dapat meningkatkan kecekapan operasi dan pengurusan data dengan ketara.”
Penyelesaian mobiliti tahan lasak daripada Getac disokong oleh jaminan bumper-ke-bumper yang komprehensif dan program latihan yang meluas. Pendekatan holistik ini bermakna juruukur JUPEM dilengkapi sepenuhnya untuk menggunakan perkakasan baharu di lapangan dengan gangguan minimum terhadap aliran kerja sedia ada. Kolaborasi yang erat membantu mengekalkan kesinambungan perniagaan sepanjang pelancaran.
LSr Saiful Wazlan Bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar Penyelarasan dan Pemetaan, JUPEM, menyebut, “Pelaksanaan ini memberi impak positif yang ketara.” LSr Saiful Wazlan Bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar Penyelarasan dan Pemetaan, JUPEM, menambah, “Ia membawa kepada pengurangan dari segi kadar kegagalan peralatan dan masa henti, meningkatkan kecekapan operasi, dan memastikan kerja lapangan yang lebih lancar walaupun dalam keadaan cuaca yang melampau. Juruukur juga mendapat banyak manfaat daripada ketersambungan data masa nyata dan keupayaan untuk memproses data di lapangan kerana ia meminimumkan keperluan untuk kembali ke pejabat bagi menyelesaikan tugas.”
Menjadikan infrastruktur negara kental melalui teknologi andal
JUPEM mengalami faedah operasi segera, termasuk pemprosesan data yang lebih pantas, kolaborasi yang lebih baik antara pasukan i lapangan dan pejabat serta pengurangan kegagalan peralatan. Keuntungan ini menyokong secara langsung cita-cita Malaysia untuk memperkemas perancangan negara dan pembangunan infrastruktur melalui data yang lebih baik.
Nik Sin Bin Nik Man, juruukur, JUPEM, berkata, “Setelah menggunakan peranti tahan lasak Getac, saya melihat terdapat banyak perubahan dari segi aliran kerja. Ketepatan F110 Getac merupakan sesuatu yang amat penting untuk pemetaan topografi. Reka bentuknya yang tahan lama benar-benar mampu bertahan dalam situasi yang melampau, sama ada keadaan cuaca atau rupa bumi. Satu ciri yang saya sangat suka ialah saya boleh menggunakan skrin sentuh walaupun semasa memakai sarung tangan. Paling penting, kami boleh berkongsi data pada masa nyata.”
JUPEM terus melabur dalam transformasi digital dan inovasi geospatial sebagai sebahagian daripada visi strategik jangka panjangnya. Agensi ini menggunakan teknologi Getac untuk memperkukuh keupayaan geospatialnya dan menyampaikan data yang tepat dan andal untuk perancangan bandar, pengurusan alam sekitar dan pembangunan negara. Tonton kisah penuh di YouTube.