16 Januari 2023 – Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di daerah Aceh dan Sumatera Utara, Indonesia pada 16 Januari.
Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan Konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan seperti maklumat di bawah :
Konsulat Jeneral Malaysia di Medan :
No. Telefon : +62 61 4531342, +62 61 4523992
Emel : mwmedan@kln.gov.my
Pada 16 Januari 2023, satu gempa bumi dilaporkan berukuran 6.2 pada skala Richter telah berlaku pada jam 5.30 pagi waktu tempatan di daerah Aceh dan Sumatera Utara, Indonesia.
Setakat ini, tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan dan kerosakan infrastruktur masih lagi sedang dinilai oleh pihak berkuasa.
- Teka-teki kehidupan digital anak-anak
- Doa dan zikir sumber kekuatan
- Banjir di Hulu Langat dan Pelajar Menaiki Lori ke Sekolah.
- Co-teaching tuntut komitmen kita semua untuk menjayakannya
- Armizan Syukur GRS Berjaya Bentuk Kerajaan Sabah Walaupun Tiada Majoriti Mudah