25 April 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat dengan magnitud 7.0 telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 4 pagi hari ini.
Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 4:00 pagi, 25 April 2023 |
Koordinat | : 0.9° Selatan 98.3° Timur |
Lokasi | : Selatan Sumatera, Indonesia |
Magnitud | : 7.0 |
Jarak | : 85km Barat Laut dari Siberut,Indonesia |
Kedalaman | : 49 km |
Mengikut penilaian, gegaran dirasai di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
MET Malaysia turut meminta kepada mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi tersebut supaya dapat mengisi borang soalselidik di pautan berikut https://forms.gle/ouB7tgmn26DjZ1qX9.
- Sindiket Dadah Antarabangsa Ditumpaskan, Rampasan Bernilai Lebih RM2 Juta
- Membudayakan pemikiran matematik murid sehebat Pitagoras
- FBS Menang Anugerah CSR Pertama Atas Inisiatif Perubahan Di Serata Asia
- KUSKOP ADAKAN SESI LIBAT URUS BERSAMA KERAJAANSARAWAK MENGENAI CADANGAN AKTA KOPERASI BAHARU
- Menteri Dalam Negeri Puji RMK13 Sebagai Pelan Induk untuk Malaysia yang Selamat dan Inklusif