FBS Menang Anugerah CSR Pertama Atas Inisiatif Perubahan Di Serata Asia

Singapura – Media OutReach Newswire – 30 Julai 2025 – FBS, salah satu broker global terkemuka, dengan bangga mengumumkan satu pencapaian besar — anugerah pertama untuk inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat mereka. Di majlis Anugerah CFI.co 2025, FBS dianugerahkan gelaran “Excellence in Social Responsibility within the Forex Industry — Asia,” yang mengiktiraf komitmen mendalam dan berterusan syarikat itu untuk memberi kembali dan melakar impak sebenar di luar dunia perdagangan.

FBS Menang Anugerah CSR Pertama Atas Inisiatif Perubahan Di Serata Asia

Anugerah ini lebih daripada sekadar satu pencapaian, ia mencerminkan kedalaman dan ketekalan usaha CSR FBS. Pada separuh pertama tahun 2025 sahaja, syarikat itu telah melancarkan beberapa inisiatif bermakna yang memfokus pada pendidikan, sokongan komuniti, dan membantu pelajar muda di serata Asia dan Amerika Latin.

Salah satu acara terkini yang paling menyerlah adalah Kem Percutian Projek Warisan di Malaysia, yang dianjurkan dengan kerjasama SUKA Society. Acara selama tiga hari ini mempertemukan kira-kira 60 pelajar Orang Asli dan 25 ibu bapa dari kawasan luar bandar Perak, menawarkan pembelajaran interaktif dalam Bahasa Inggeris, sains, literasi kewangan, dan warisan budaya, serta kelas Bahasa Inggeris untuk orang dewasa. Awal tahun ini, pada bulan Ramadan 2025, FBS telah menyumbang $20,000 untuk memberikan sokongan kepada lebih 400 orang di Malaysia dan Indonesia dengan bantuan makanan, pakaian perayaan, dan acara sambutan.

Projek-projek 2025 ini dibina berdasarkan asas kukuh CSR syarikat pada tahun 2024, apabila FBS melaksanakan 16 inisiatif di tujuh negara, yang telah memberi manfaat langsung kepada lebih 14,000 orang. Daripada menaik taraf bilik darjah di Indonesia dan Afrika Selatan sehinggalah memberi sokongan kepada kanak-kanak pelarian di Thailand, FBS menumpukan usahanya di tempat yang paling memerlukan bantuan.

Untuk menyerlahkan impak perjalanan ini, FBS telah menghasilkan satu video CSR khas yang merakam detik-detik istimewa di lapangan dan melancarkan satu seksyen baru di laman webnya, mempamerkan insan-insan yang disantuni, rakan niaga, dan kisah di sebalik setiap inisiatif.

Di FBS, tanggungjawab sosial lebih daripada usaha sekali sahaja — ia komitmen berterusan yang selaras dengan nilai teras syarikat. Pengiktirafan daripada CFI.co ini mengukuhkan kepercayaan bahawa kejayaan sesebuah syarikat perlu dikongsi bersama komuniti yang ia sentuh.

FBS berbangga ia telah mengambil keputusan untuk melangkaui sempadan dunia perdagangan untuk melakar perubahan di dunia sebenar. Bersama-sama dengan pelanggan dan partner mereka, FBS sedang membina masa hadapan di mana peluang boleh diakses oleh semua dengan saksama — dari bilik darjah hingga ke zon krisis.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp