Pelakon dan penerbit Hollywood yang mendapat pujian kritis dan memenangi anugerah menyertai jenama kecantikan mewah, menjelmakan falsafah Radiance.
TOKYO, 25 Julai 2025 /PRNewswire/ — Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan alat solek mewah bertaraf global, dengan bangganya mengumumkan Nicole Kidman sebagai Duta Jenama Globalnya yang baharu. Terkenal dengan kehadirannya yang yakin di dalam dan luar skrin, serta sokongannya yang bersemangat terhadap perjuangan wanita, Kidman menjelmakan dengan sempurna visi Radiance Clé de Peau Beauté — apabila paduan antara kecerdasan, kesenian dan tujuan bertemu. Pelantikannya menyaksikan satu detik penting dalam sejarah jenama ini.

Kerjaya Kidman yang disanjung menggambarkan DNA jenama ini—pintar, indah dan tanpa kompromi; dibentuk oleh pilihan yang dibuat secara sedar dan semangat yang tidak berbelah bahagi. Menerusi setiap peranan, beliau mentakrifkan semula kelaziman, memecahkan stereotaip dengan dedikasi yang kekal konsisten sepanjang kerjayanya selama lebih 40 tahun. Keanggunan dan komitmennya terhadap perubahan yang bermakna menjadikannya seorang duta yang luar biasa, mewakili visi kecantikan dan keserian yang abadi dan bersifat transformatif.
“Kami berbesar hati mengalu-alukan Nicole ke dalam keluarga Clé de Peau Beauté,” kata Mizuki Hashimoto, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté. “Kami percaya Radiance adalah lebih daripada sekadar penampilan; ia merupakan kekuatan dalaman yang mendorong perubahan yang positif. Nicole menggambarkan kepercayaan ini melalui perjalanannya yang memberi inspirasi, menunjukkan sejauh mana semangat dan tujuan dapat menyerlahkan Keserian (Radiance) yang memperkasakan orang lain.”
Di sebalik pencapaian artistiknya, Kidman memberi impak yang mendalam sebagai Duta Besar Muhibah UN Women yang menyokong pemerkasaan wanita dan gadis melalui pendidikan, peluang ekonomi dan perjuangan menentang keganasan berasaskan jantina. Tugas bersifat dermawannya benar-benar sejajar dengan misi Clé de Peau Beauté untuk memupuk kecantikan yang menginspirasikan keyakinan dan perubahan yang bermakna.
“Saya berasa teruja untuk menyertai keluarga Clé de Peau Beauté,” kata Kidman. “Saya mendapat inspirasi daripada komitmen jenama ini untuk meraikan kecantikan individu dalam setiap aspek kehidupan seseorang. Saya tidak sabar menantikan apa yang boleh kita cipta bersama-sama.”
Komited untuk menceritakan pelbagai kisah, Kidman mempersembahkan pelbagai peranan yang luar biasa, terus-menerus menerobos sempadan bagi menguatkan suara yang kurang diwakili dalam industri perfileman. Pilihannya yang berani mencerminkan komitmennya untuk menerapkan seni dengan tujuan, sejajar dengan visi Radiance sebagai sumber pemerkasaan.
Sebagai lambang sebenar Radiance, Kidman menggambarkan idea bahawa keserian yang sebenar dipupuk melalui tujuan dan tindakan yang positif. Perjalanannya menyerlahkan kuasa kecantikan yang bersifat transformatif, seterusnya memberi inspirasi kepada orang lain untuk menerima kecantikan dan cahaya unik mereka sendiri.