BEIJING, 24 Ogos 2025 /PRNewswire/ — CGTN menerbitkan sebuah artikel mengenai Presiden China Xi Jinping yang menghadiri Sidang Kemuncak Tianjin SCO yang akan datang pada akhir Ogos ini. Artikel berkenaan menghuraikan tentang pencapaian kerjasama antara negara-negara anggota dalam pelbagai bidang serta usaha China untuk membina sebuah komuniti SCO yang lebih erat dengan masa depan yang dikongsi bersama, seterusnya menekankan bahawa SCO berjaya merintis jalan pembangunan yang aman dan juga jenis kerjasama yang baharu.
Kereta api barangan angkut China-Asia Tengah yang pertama pada tahun 2025 berlepas dari Pelabuhan Tianjin pada bulan Mei tahun ini bagi menghantar 50 kontena yang mengandungi alat ganti kereta, peralatan mekanikal, bahan binaan dan peralatan rumah ke Tashkent, ibu negara Uzbekistan.
Kereta api terus ke Asia Tengah ini melancarkan selanjutnya saluran logistik antarabangsa antara bandar China utara dan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), seterusnya menyuntik momentum baharu ke dalam kerjasama ekonomi serta perdagangan serantau.
SCO, yang ditubuhkan pada tahun 2001 di Shanghai oleh China, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Rusia, Tajikistan dan Uzbekistan, berkembang daripada sebuah organisasi serantau menjadi organisasi rentas wilayah dengan 10 anggota penuh, dua negara pemerhati serta 14 rakan dialog.
Susulan Sidang Kemuncak Astana SCO pada tahun 2024, China sekali lagi memegang jawatan presiden secara bergilir, dengan sidang kemuncak ini dijadualkan berlangsung di Tianjin pada 31 Ogos dan 1 September. Presiden China Xi Jinping akan menghadiri sidang kemuncak ini dan akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ketua-Ketua Negara SCO kali ke-25 serta Mesyuarat “SCO Plus” dan turut menyampaikan ucaptama.
Ia merupakan kali kelima China menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak SCO dan merupakan sidang kemuncak terbesar sejak penubuhan organisasi ini. Para pemimpin dari lebih 20 negara dan ketua-ketua daripada 10 organisasi antarabangsa akan menghadiri sidang kemuncak ini.
Momentum kerjasama yang kukuh
Terikat dengan matlamat pembangunan bersama dan masa depan yang berkait rapat, negara-negara di seluruh benua Eurasia telahpun terlibat dalam kerjasama yang komprehensif. Usaha-usaha ini termasuk menjaga keterjaminan tenaga dan makanan, menstabilkan dan mempelbagaikan rantaian bekalan serta menangani perubahan iklim, antara aspek-aspek kritikal yang lain.
Kerjasama keselamatan menjadi asas SCO. Bermula dengan memerangi “tiga kuasa jahat” secara bersama iaitu keganasan, fahaman pelampau dan fahaman pemisahan serta membendung pengedaran dadah hinggalah menjalankan latihan ketenteraan perangi keganasan tergabung dan mewujudkan mekanisme dialog di pelbagai peringkat, SCO terus meningkatkan kapasitinya bagi mengurangkan risiko keselamatan.
Kerjasama yang saling bermanfaat dan pragmatik menyediakan momentum yang kukuh untuk pembangunan organisasi ini. Selama bertahun-tahun, SCO menjadi platform yang penting untuk kerjasama Jalur dan Jalan. Negara-negara anggota turut menunjukkan kemajuan daripada kolaborasi dalam projek-projek kepada penjajaran strategi pembangunan, dengan jalinan kerjasama berkembang daripada peringkat dua hala menjadi peringkat pelbagai hala.
Pencapaian yang penting turut diraih dalam meningkatkan kesalinghubungan di seluruh Eurasia. Pembinaan landasan kereta api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan menjadi semakin pantas, manakala saluran paip gas asli China-Asia Tengah, serta saluran paip minyak mentah China-Kazakhstan dan China-Rusia sudah mula beroperasi. Dalam rantau SCO, jaringan infrastruktur yang komprehensif – mencakupi lebuh raya, saluran paip minyak dan gas serta landasan kereta api – mula terbentuk, seterusnya mengeratkan hubungan antara negara-negara anggota.
Pada tahun 2024, perdagangan China dengan anggota-anggota SCO yang lain mencecah 3.65 trilion yuan (sekitar $511 bilion), iaitu 36.3 kali ganda berbanding paras yang dicatatkan sejak penubuhan organisasi ini, menurut Pentadbiran Am Kastam.
Memperincikan mengenai sidang kemuncak akan datang pada hari Jumaat ini, Pembantu Menteri Luar China Liu Bin berkata SCO berjaya merintis jalan pembangunan yang aman dan jenis kerjasama baharu yang dapat melindungi keselamatan, menggalakkan kemakmuran, meningkatkan mata pencarian rakyat, berkongsi dividen serta mencipta masa depan yang saling menguntungkan.
Komuniti SCO yang lebih erat dengan masa depan dikongsi bersama
“SCO ialah pusat tumpuan bersama kami,” seperti yang pernah dinyatakan oleh Xi. Dari semasa ke semasa, pemimpin China ini menggambarkan keahlian SCO yang semakin bertambah sebagai sebuah “keluarga besar.”
Xi mencadangkan pembinaan sebuah komuniti SCO dengan masa depan yang dikongsi bersama di sidang kemuncak Qingdao pada tahun 2018. Di tengah-tengah situasi antarabangsa yang rumit dan cabaran global yang sentiasa berubah-ubah, wawasan Xi turut memperkayakan konotasi Semangat Shanghai yang dicirikan oleh sifat saling mempercayai, manfaat bersama, kesamarataan, perundingan, sifat menghormati kepelbagaian tamadun serta usaha mencapai pembangunan bersama.
Hari ini, SCO berkembang menjadi kuasa penting dalam mengekalkan kestabilan, keselamatan dan kemakmuran bersama Eurasia dan selanjutnya.
Sama ada pusat tumpuan bersama atau keluarga yang besar, SCO sentiasa bersifat terbuka dan inklusif. Ia tidak bersekutu, tidak berkonfrontasi dan tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga. Sesuatu yang benar-benar berbeza dengan kelab-kelab eksklusif negara-negara yang didorong oleh konfrontasi blok ideologi.
China sentiasa mengutamakan SCO dalam diplomasi kejiranannya dan komited untuk menjadikan organisasi ini lebih substantif dan lebih kukuh, menjaga keselamatan serta kestabilan serantau, menggalakkan pembangunan dan kemakmuran negara-negara anggota serta membina sebuah komuniti yang lebih erat dengan masa depan yang dikongsi bersama, kata Xi dalam satu mesyuarat bersama menteri-menteri luar dan ketua-ketua badan tetap SCO pada bulan Julai.