CGTN:Xinjiang dalam tempoh paling makmur seumpamanya: kertas putih

28


BEIJING, 21 September 2025 /PRNewswire/ — Xinjiang pada hari ini mengalami tempoh pembangunan yang terbaik dalam sejarahnya, menurut satu kertas putih yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri pada hari Jumaat yang mengetengahkan bahawa langkah-langkah kukuh telahpun diambil untuk mentadbir Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China selaras dengan undang-undang, mengekalkan kestabilan melalui perpaduan etnik, mengukuhkan identiti dan ikatan budaya, seterusnya membawa kemakmuran yang lebih besar kepada wilayah ini dan penduduknya serta membangunkan Xinjiang dari perspektif jangka panjang.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. “Hal ini menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial yang belum pernah terjadi sebelum ini dan peningkatan yang ketara terhadap kesejahteraan rakyat dan melahirkan rasa beruntung, bahagia dan terjamin yang jauh lebih baik kepada rakyat,” menurut kertas putih yang bertajuk “CPC Guidelines for Governing Xinjiang in the New Era: Practice and Achievements” (“Garis Panduan PKC untuk Mentadbir Xinjiang dalam Era Baharu: Amalan dan Pencapaian”).

Asas yang lebih kukuh untuk mencapai kestabilan, keamanan dan keterjaminan telahpun dibina di Xinjiang, menurut dokumen ini dan menambah bahawa transformasi bersejarah iaitu daripada keadaan kelam-kabut kepada kestabilan dan daripada kestabilan kepada tadbir urus yang baik telahpun dicapai di wilayah berkenaan.

Sejak tahun 2012, kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak lebih daripada 4 trilion yuan (kira-kira $562.3 bilion) dalam bayaran pindahan ke Xinjiang, termasuk hampir 543.48 bilion yuan pada tahun 2024 sahaja, menurut kertas putih ini.

Xinjiang mengintegrasikan secara sedar strategi keterbukaan serantaunya dalam pelan keseluruhan negara ini bagi mencapai keterbukaan untuk barat yang bertujuan untuk membina saluran emas di seluruh benua Eurasia dan pintu masuk untuk keterbukaan ke barat, menurut kertas putih ini.

Xinjiang menyaksikan penambahbaikan yang komprehensif terhadap infrastruktur, menurut kertas putih ini dengan menyatakan bahawa perbatuan kendalian kereta api dan rangkaian lebuh raya masing-masing mencapai sejumlah 9,202 kilometer dan 230,000 kilometer setakat tahun 2024 dan bilangan laluan udara awam pula mencapai 595 dan daripada bilangan ini 25 merupakan laluan antarabangsa.

Dengan memanfaatkan sumber asli dan keupayaan industrinya, Xinjiang menggiatkan usaha untuk membangunkan sistem perindustrian moden dengan kelebihan uniknya yang tersendiri. Kertas putih ini menyebut bahawa Xinjiang menjadi pengeluar kapas yang terkemuka di China selama 32 tahun berturut-turut, dengan kadar mekanisasi dalam pembajakan, penanaman dan penuaian mencapai 97 peratus.

Ia turut menyebut bahawa Xinjiang terus menambah baik dasarnya bagi menyokong kesihatan awam dan meningkatkan dengan ketara perlindungannya ke atas kesihatan rakyat dan turut menambah bahawa purata jangka hayat penduduk di Xinjiang meningkat daripada 30 tahun pada tahun 1949 kepada 77 tahun pada tahun 2024.

Wilayah berkenaan turut menyaksikan pembangunan ekonomi yang pesat sejak 70 tahun yang lalu, dengan KDNK melonjak kepada 2.05 trilion yuan (kira-kira $288 bilion) pada tahun 2024 daripada 1.23 bilion yuan pada tahun 1955.

Xinjiang melaksanakan sepenuhnya, dengan tepat dan baik dasar PKC berhubung kebebasan beragama dengan menghormati kepercayaan agama rakyat, menurut kertas putih ini.

Xinjiang menghormati dan melindungi hak etnik minoriti untuk belajar dan menggunakan bahasa pertuturan dan tulisan mereka sendiri, tambahnya dan menyatakan bahawa wilayah itu mentadbir hal ehwal agama selaras dengan undang-undang, membenarkan kumpulan agama mengurus hal ehwal mereka sendiri secara bebas dan membimbing agama supaya serasi dengan masyarakat sosialis.

Xinjiang turut meningkatkan pemeliharaannya yang komprehensif ke atas warisan budaya. Dokumen ini menyebut bahawa Xinjiang merumuskan rancangan untuk melindungi warisan budaya serantau dan mengeluarkan peraturan tempatan bagi memperteguh jaminan undang-undang bagi memelihara warisan budaya.

Kertas putih ini juga menyebut bahawa perjuangan menentang penggurunan di pinggir Gurun Taklimakan di rantau ini dipergiat yang mana ketika ini, padang pasir tersebut dikelilingi sepenuhnya dengan kawasan hijau penyekat pasir sepanjang 3,046 kilometer, iaitu kawasan hijau yang terpanjang di dunia.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp