Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) Himpunkan Pakar Antarabangsa,Perkukuh Agenda Pencegahan Jenayah Kewangan Berteraskan AI di Persidangan IFCTF ke-15

9

KUALA LUMPUR, 5 November 2025: Di tengah-tengah peningkatan kadar jenayah kewangan, Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Compliance Officers’ Networking Group (CONG), dengan sokongan Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA)  — telah menghimpunkan lebih 50 pakar antarabangsa dan serantau serta lebih 1,200 profesional perbankan semasa 15th International Conference on Financial Crime and Counter Terrorism Financing (IFCTF) 2025 yang berlangsung dari 4 hingga 6 November 2025 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Malaysia merekodkan kerugian RM1.12 bilion akibat penipuan dalam talian setakat separuh pertama 2025, dengan jumlah kerugian berkaitan scam mencecah hampir RM1.92 bilion menjelang September 2025. Di peringkat global, aliran kewangan haram dianggarkan bernilai USD3.1 trilion, dengan penipuan dan scam perbankan menyebabkan kerugian hampir USD486 bilion, sekali gus menggambarkan keperluan mendesak bagi memperkukuh kerjasama rentas sempadan dan rentas ekosistem dalam memerangi jenayah kewangan.  

(From L to R)
Abd. Rahman Abu Bakar, Assistant Governor, Bank Negara Malaysia
Mak Joon Nien, Managing Director and CEO, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
Dato’ Marzunisham Omar, Deputy Governor, Bank Negara Malaysia
Tan Sri Azman Hashim, Chairman, Asian Institute of Chartered Bankers
Dato’ Sri Abdul Rasheed Ghaffour, FCB, Governor, Bank Negara Malaysia
Faradina Ghouse, CB, Chairman, AICB’s Compliance Officers’ Networking Group; Group Chief Compliance Officer, AmBank Group
Affendi Rashdi, Director General of Labuan FSA
Dato’ Khairussaleh Ramli, FCB, Chairman of ABM and Group President & Chief Executive Officer of Maybank
T. Raja Kumar, Immediate Past President, Financial Action Task Force, 2022–2024; Senior Advisor (International), Ministry of Home Affairs, Singapore, 2021–2024
AICB CEO, Edward Ling

Industri perbankan giat menggerakkan kempen nasional #JanganKenaScam bagi meningkatkan kesedaran awam dan memperkukuh ketahanan terhadap jenayah penipuan kewangan. Sejak tahun 2023, bank-bank telah melaksanakan langkah perlindungan lebih kukuh, mencerminkan komitmen menyeluruh industri perbankan dalam melindungi pengguna serta memelihara kepercayaan dan keutuhan sektor kewangan. Berdasarkan tinjauan terkini oleh Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), semakin ramai rakyat Malaysia kini lebih berwaspada, dengan majoritinya melaporkan bahawa mereka secara aktif memantau amaran scam dan bertindak pantas terhadap sebarang aktiviti mencurigakan. Usaha ini mencerminkan tindak balas nasional yang menyeluruh dalam melindungi pengguna serta memperkukuh kepercayaan terhadap sistem kewangan negara. 

Semasa ucapan pembukaan, YBhg. Dato’ Sri Abdul Rasheed Ghaffour, Gabenor Bank Negara Malaysia berkata: “Seiring kemajuan teknologi dan AI yang mengubah sistem pematuhan dan pencegahan pengubahan wang haram (AML), kita harus ingat bahawa keperibadian diri dan etika kerja tetap menjadi asas yang mengekalkan kepercayaan. Tiada algoritma yang boleh menggantikan pertimbangan, integriti dan akauntabiliti yang diharapkan daripada industri kewangan.” 

AICB Chairman Tan Sri Azman Hashim, FCB, delivering his welcome remarks at the 15th IFCTF 2025.

Sewaktu ucapan alu-aluan, YBhg. Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi AICB  menyebut: “Keseimbangan antara inovasi dan integriti mencerminkan pendekatan Malaysia — kemajuan yang digerakkan oleh teknologi dan berteraskan etika. Namun, walau secanggih mana sekalipun sesuatu sistem, ia tetap tidak dapat menggantikan pertimbangan yang bijak serta asas nilai yang kukuh. Dalam era digital ini, setiap daripada kita memainkan peranan sebagai benteng pertahanan — sikap berwaspada, beretika dan profesional menjadi pelindung kepada sistem kewangan negara. Kekuatan kita terletak pada warga kita — berkemahiran, berprinsip dan berwaspada, yang menjadi barisan pertahanan terpenting kita.”

Dato’ Sri Abdul Rasheed Ghaffour, FCB, Governor, Bank Negara Malaysia, delivering his opening remarks at the 15th IFCTF 2025.

Faradina Ghouse, CB, Pengerusi, CONG; Ketua Pegawai Pematuhan Kumpulan AmBank berkata: “Institusi kewangan ialah barisan hadapan yang memerangi jenayah kewangan. Dengan landskap yang semakin kompleks, keupayaan kita bersama untuk mengesan, mencegah dan bertindak balas bergantung kepada tahap kita berkongsi maklumat, memperkukuh kerjasama rentas sempadan dan membangunkan kemahiran yang relevan.  Pematuhan tidak sekadar soal peraturan — ia mencakupi tahap ketahanan, integriti dan kerjasama merentasi seluruh ekosistem kewangan.”

Bertemakan “The Future is Now: Tech-driven Compliance in the Fight Against Financial Crime”, persidangan tahun ini mengupas manfaat teknologi AI, pembelajaran mesin dan analitik lanjutan yang mengubah landskap pematuhan serta pengurusan risiko. Antara topik utama yang dibincangkan termasuk pengesanan penipuan berasaskan AI, pematuhan dipacu pembelajaran mesin, perkembangan aset maya, pembiayaan keganasan dan proliferasi, serta rangka kerja antirasuah dan AML — semuanya dalam konteks penguatkuasaan global yang semakin ketat dan ancaman penipuan digital yang kian meningkat. 

Mencerminkan komitmen menyeluruh Malaysia terhadap agenda reformasi, Belanjawan 2026 memperuntukkan  RM32 juta bagi memperkukuh rangka kerja perundangan dan membanteras jenayah penipuan, seiring dengan penggubalan Rang Undang-undang Jenayah Siber yang baharu serta pengukuhan keupayaan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).

Memasuki tahun penganjuran ke-15, IFCTF kekal sebagai wadah utama di peringkat ASEAN dalam memacu wacana kepakaran bagi pencegahan jenayah kewangan dan kecemerlangan pematuhan, sekali gus menegaskan komitmen AICB dalam memperkukuh literasi digital, kerjasama global dan kepimpinan beretika dalam sektor perbankan dan kewangan. 

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp