PARIS, LONDON dan NEW YORK, 16 Januari 2026 /PRNewswire/ — AMTD Group Inc. (“AMTD Group”), AMTD IDEA Group (NYSE: AMTD; SGX: HKB), AMTD Digital Inc. (NYSE: HKD) dan The Generation Essentials Group (“TGE”, NYSE: TGE; LSE: TGE), subsidiari AMTD Digital Inc., bersama-sama mengumumkan bahawa AMTD IDEA Group memulakan tindakan undang-undang ke atas En. Benjamin Eymere daripada Keluarga Jalou, berhubung dengan perbuatan fitnah yang serius ke atas Kumpulan ini, selain salah laku termasuk gangguan niat jahat terhadap kakitangan dan eksekutif Kumpulan ini.
En. Eymere merupakan bekas pekerja subsidiari Kumpulan ini dan beliau terus diberhentikan kerja ekoran salah laku dan salah urus olehnya. Beliau cuba memfailkan rayuan di Mahkamah Paris, namun tindakannya telah ditolak berturut-turut.
Tambahan pula, tindakan yang dibuat oleh En. Eymere baru-baru ini yang melibatkan salah laku dan niat jahat memerlukan AMTD mengambil tindakan undang-undang, penting untuk membetulkan tuduhan dan salah nyata yang tidak berasas berhubung dengan jenama-jenama L’Officiel dan AMTD IDEA Kumpulan ini, yang baru-baru ini disebut dalam terbitan akhbar dan media sosial tertentu.
AMTD sudahpun membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang berhubung dengan salah laku En. Eymere pada masa kini dan masa lalu.
AMTD benar-benar percaya bahawa kedaulatan undang-undang, keadilan dan kesaksamaan akan ditegakkan dan berharap dapat membetulkan serta menepis sebarang fitnah atau kenyataan fitnah yang mungkin telah dibuat ke atasnya.
Secara keseluruhan, kami mengambil kesempatan ini untuk mengetengahkan beberapa ketidaktepatan yang jelas dalam akhbar serta media sosial tertentu yang ditimbulkan oleh En. Eymere dan/atau keluarga Jalou:
1) Pengambilalihan Lengkap Sewajarnya ke atas 100% L’Officiel pada tahun 2022: Jenama L’Officiel diambil alih pada tahun 2022 pada awalnya daripada Gem Global Yield LLC SCS (GGY) yang merupakan sebahagian daripada Global Emerging Markets (GEM), sebuah kumpulan pelaburan alternatif bernilai $3.4 bilion yang memfokuskan pada pasaran baru muncul dengan pelbagai instrumen pelaburan seperti beli habis pengurusan, PIPE (Pelaburan Swasta dalam Ekuiti Awam) dan pelaburan teroka (lihat pengumuman rasmi oleh GEM sebagai penjual utama https://www.gemny.com/wp-content/uploads/2022/05/GEM-AMTD-PRESS-RELEASE-from-Paris-France-FINAL-Version.pdf dan AMTD sebagai pembeli https://ir.amtdinc.com/press-releases/news-details/2022/AMTD-International-Acquires-Global-Fashion-Media-Group-LOfficiel-Inc-SAS/default.aspx yang mana kedua-dua pihak mengesahkan bahawa pengambilalihan AMTD telahpun diselesaikan dengan 100% daripada harga belian dibayar sewajarnya).
2) Sejak pengambilalihan oleh AMTD sebagai pelabur “firma wira”, L’Officiel tidak menanggung sebarang hutang atau terlibat dalam liabiliti untuk perniagaan dan pada masa ini L’Officiel sudahpun kukuh dari segi kewangan dengan asas ekuiti yang mantap.
3) Pemegang saham mengawal yang daripadanya AMTD memperoleh perniagaan ini ialah GEM dan bukan keluarga Jalou, mahupun En. Eymere. Keluarga Jalou bukanlah pengawal mahupun pemegang saham majoriti dalam L’Officiel semasa pengambilalihan.
AMTD juga akan menekankan dengan tegas bahawa ia akan mendakwa dan meneruskan tindakan undang-undang tanpa putus asa ke atas mana-mana pihak yang bersalah yang cuba merosakkan reputasinya dan melanggar undang-undang. Kami yakin bahawa kegigihan dan komitmen kami tidak dapat tidak akan membawa keadilan dan kesaksamaan, tanpa ragu-ragu.
