AGENSI KUSKOP SALUR HAMPIR RM200,000 SUMBANGAN CSR  KEPADA MANGSA BENCANA DI SABAH – EWON 

25

PENAMPANG, 19 September – Tujuh agensi di bawah Kementerian Pembangunan  Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan sumbangan tanggungjawab sosial  korporat (CSR) bernilai hampir RM200,000 kepada mangsa banjir dan tanah runtuh  di Sabah. 

Ewon menyampaikan sumbangan CSR kepada para penerima.
Program CSR Sabah oleh agensi KUSKOP.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, sumbangan berupa bakul makanan, ubat ubatan serta keperluan harian lain seperti lampin pakai buang telah mula diagihkan  kepada penerima di Penampang, Kadamaian dan Papar. 

“Sebahagian lagi akan disampaikan hari ini dan seterusnya secara berfasa sehingga semua sumbangan selesai diagihkan kepada 1,907 penerima,” katanya, di sini, hari  ini. 

Ewon berkata, sumbangan itu melibatkan TEKUN Nasional, Bank Rakyat,  Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN),  Institut Koperasi Malaysia (IKMa), SME Bank dan Perbadanan Nasional Berhad  (PERNAS). 

“Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan agensi-agensi KUSKOP dalam  membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat musibah banjir dan tanah  runtuh baru-baru ini. 

“Saya hargai inisiatif dan keprihatinan semua agensi di bawah KUSKOP yang  melaksanakan program tanggungjawab sosial di Sabah,” katanya. 

Ewon berkata, TEKUN Nasional menyalurkan bantuan kepada 500 keluarga di  Penampang dan Papar serta kepada usahawan-usahawan TEKUN yang terkesan  dengan bencana melibatkan dana sebanyak RM50,000, manakala SKM pula  menyumbang 400 bakul makanan di Penampang dan 160 bakul makanan di  Kadamaian bernilai RM56,000. 

Bank Rakyat menyediakan 400 bakul makanan bernilai RM40,000 yang diagihkan hari  ini di Penampang dan SME Bank sebanyak 200 bakul makanan bernilai RM20,000 di  Penampang. 

INSKEN turut menyalurkan sumbangan CSR bernilai RM10,000 kepada 127 keluarga  mangsa banjir di Penampang, sementara IKMa menyampaikan 170 bakul makanan  bernilai RM17,000 di Penampang dan Kadamaian. 

Selain itu, PERNAS juga akan menyalurkan 100 bakul makanan bernilai RM10,000  kepada mangsa terjejas.

E Arkian

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp