KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — redONE Mobile memperkukuhkan peranannya sebagai The Community Telco di acara Star Nite 2026, malam penghargaan rakan niaga tahunan terbesar syarikat di mana lebih RM1.3 juta ganjaran telah diberikan bagi mengiktiraf prestasi dan pertumbuhan keusahawanan dalam komuniti rakan niaga yang kukuh. Acara yang diadakan di Genting International Convention Centre ini disertai oleh lebih 1,400 rakan niaga jualan berprestasi tinggi dari seluruh negara.
Majlis ini diserikan oleh YB Steven Sim, Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, yang menekankan impak rangkaian redONE Mobile dan komitmennya yang berterusan untuk memperkasakan usahawan.
Hampir RM400,000 dalam bentuk insentif tunai telah diberikan merentasi 10 kategori kepada 44 rakan niaga berprestasi tinggi di bawah Anugerah Rakan Niaga Terbaik Seluruh Negara 2025. Ganjaran Bonanza 2025 dan Premier Bonanza bernilai hampir RM800,000 turut diberikan termasuk kredit e-dompet, jongkong emas dan kenderaan, dengan tumpuan utama iaitu BYD Sealion 7. Hadiah cabutan bertuah dan ganjaran lain bernilai hampir RM150,000 juga diberikan kepada sepanjang acara. Insentif ini mencerminkan komitmen redONE Mobile terhadap rangkaian yang memacu prestasi demi mengiktiraf usaha keusahawanan dan menyokong rakan niaga dalam membina perniagaan yang lestari serta peluang pendapatan jangka panjang.
Bagi meneruskan momentum ini, redONE Mobile mengukuhkan komitmennya terhadap komuniti yang lebih luas melalui kerjasama strategik baharu untuk musim 2025/2026 bersama The Real Warriors (Kelantan FC) dan Malaysia Esports Federation, sambil memperluas ekosistem digitalnya melalui kolaborasi yang dipimpin oleh syarikat digital di bawah redONE Network iaitu redON digital bersama MediaQuiz International Culture Company Limited, Kaspersky Malaysia, Terra Nova International Malaysia, dan CCAGM.

Kesemua kerjasama ini mencerminkan komitmen redONE Mobile untuk melangkaui sekadar menyediakan rangkaian, dengan menyokong pembangunan sukan akar umbi, memupuk bakat baharu, serta meningkatkan keupayaan digital dalam bidang seperti kandungan, keselamatan siber, dan kerjasama strategik. Inisiatif ini membolehkan syarikat terus terus mencipta nilai yang lebih tinggi untuk rakan niaga dan pelanggan, sambil menawarkan perkhidmatan digital yang lebih terhubung dan bersiap sedia untuk masa hadapan.
Farid Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan redONE Mobile, berkata:
“Kekuatan komuniti rakan niaga kami adalah teras kepada segala yang kami lakukan. Setiap pencapaian dibina atas kepercayaan, komitmen dan semangat keusahawanan mereka. Sebagai sebuah telco kommuniti yang menyediakan lebih dari sekadar perkhidmatan telco, kami komited untuk mewujudkan rangkaian yang bukan sahaja memberi ganjaran atas prestasi, malah memperkasakan rakan niaga kami untuk meneroka peluang baharu untuk dalam penyelesaian digital, sukan, pembangunan bakat, dan inisiatif lain
Pada 2026, kami terus fokus untuk memperluas inisiatif ini, meningkatkan keupayaan digital, dan mencipta peluang bermakna yang memacu pertumbuhan lestari untuk rakan niaga dan komuniti di mana mereka berkhidmat.”
“Pada 2026, kami fokus memperluas inisiatif, memperkasakan digital, dan mencipta peluang yang memacu pertumbuhan lestari bagi rakan niaga dan komuniti.”
