- CUCKOO Malaysia dilantik oleh Tourism Malaysia sebagai Rakan Strategik rasmi bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), memperkenalkan sokongan HORECA yang khusus serta kolaborasi budaya bersama Loka Made bagi mempamerkan warisan Malaysia ke persada dunia.
- CUCKOO Malaysia memperkenalkan HEPI, maskot pertamanya yang juga merupakan “Pencipta Kediaman Sihat”, direka bagi merapatkan jurang antara kesejahteraan dan kegembiraan, berganding bahu dengan Duta Jenama sedia ada, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong dalam usaha memperkasa lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier.
- CUCKOO Malaysia bekerjasama dengan MAHB bagi melengkapkan Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA dengan 96 stesen air minuman, menyediakan air minuman bersih untuk para pelancong menghilangkan dahaga sebaik tiba di Malaysia.
KUALA LUMPUR, 5 Mac 2026 – CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia” atau “Syarikat”, KLSE:5336), Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), hari ini menganjurkan majlis berbuka puasa bertemakan “Sebar HEPI, Hargai Setiap Kebahagiaan”. Majlis penuh bermakna itu menyaksikan beberapa pengumuman penting yang mengukuhkan komitmen Syarikat dalam memupuk gaya hidup lebih sihat, di samping memperluas misinya untuk menyebarkan kebahagiaan yang lahir dari kediaman yang sejahtera, merangkumi isi rumah tempatan hingga ke peringkat dunia.
“Misi kami selama ini ialah untuk meningkatkan taraf hidup dengan mengintegrasikan kesejahteraan ke dalam setiap kediaman. Namun, kami percaya bahawa kesihatan ialah asas kepada kebahagiaan. Dengan menyelaraskan pertumbuhan kami dengan agenda kebangsaan seperti Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dan memperkenalkan HEPI sebagai maskot untuk misi kami, kami dapat memberikan impak lebih luas, merangkumi kediaman persendirian dan seluruh masyarakat umum. Ini merupakan satu gerakan holistik dan tersusun bagi memastikan janji kehidupan lebih sihat dan lebih bahagia dapat dirasai pada setiap titik sentuh pengalaman Malaysia,” kata Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, En. Hoe Kian Choon (KC Hoe).
Pada malam tersebut, CUCKOO Malaysia mengumumkan pelantikannya sebagai Rakan Strategik Tahun Melawat Malaysia 2026 dan peluasan stesen airnya di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA, serta kesinambungan kerjasama bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong sebagai Duta Jenama, dan pelancaran rasmi maskot pertamanya, HEPI.
Memperkasa dan Menyemarak Agenda Tahun Melawat Malaysia 2026
Salah satu pengumuman utama pada majlis tersebut ialah pelantikan CUCKOO Malaysia sebagai Rakan Strategik Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Sebagai rakan sektor swasta utama Tourism Malaysia, CUCKOO Malaysia mengumumkan inisiatif serampang tiga mata untuk meningkatkan daya tarikan negara melalui pendekatan berteraskan kesejahteraan dan budaya:
- Sokongan HORECA: Bagi membantu industri hospitaliti bersedia menghadapi lonjakan pelancong, Syarikat menawarkan diskaun 50% selama 8 bulan bagi model penapis air terpilih, sekali gus memastikan hotel, restaurant dan kafe dapat menyediakan pengalaman kesejahteraan yang premium kepada para pelawat.
- Penceritaan Budaya Bersama Loka Made: CUCKOO bekerjasama dengan kolektif kreatif tempatan, Loka Made bagi menghiasi stesen air CUCKOO di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA dengan lima reka bentuk eksklusif yang memaparkan warisan Malaysia. Karya seni ini menampilkan hidupan liar, budaya makanan, mercu tanda ikonik, kraf tradisional, dan buah-buahan tropika Malaysia. Ia turut menampilkan Duta Jenama CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong, serta maskot CUCKOO, HEPI, membentuk naratif visual kesihatan dan hospitaliti untuk para pelancong.
- Barangan Cenderahati Eksklusif: Karya seni Loka Made tersebut turut diabadikan dalam bentuk kad ucapan 3D edisi terhad. Orang ramai boleh mendapatkan cenderahati eksklusif ini melalui promosi Hadiah-dengan-Pembelian (GwP) produk CUCKOO yang akan diumumkan tidak lama lagi, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki sebahagian daripada citra budaya ini.
“Pencapaian luar biasa dengan melebihi 42.2 juta ketibaan pelancong antarabangsa pada tahun 2025 memberikan momentum yang diperlukan untuk menarik lebih ramai pelawat bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Kolaborasi ini mempergiat usaha kami untuk memposisikan Malaysia sebagai destinasi utama yang mengutamakan kesejahteraan pelawat. Sokongan CUCKOO sebagai Rakan Strategik kami amat terpuji, sekali gus melengkapi matlamat kami untuk mempamerkan imej Malaysia yang moden, sihat, dan mesra kepada dunia,” kata Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, Lee Thai Hung.
Pengalaman di Pintu Masuk Negara: Nikmat Menghilangkan Dahaga Pertama di Malaysia
Sejak beberapa tahun yang lalu, CUCKOO Malaysia telah memasang penapis air beralkali ringan di 10 lapangan terbang domestik utama termasuk Kota Kinabalu, Langkawi dan Kuching, bagi merapatkan jurang antara kemudahan perjalanan, akses kepada air minuman bersih serta tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Sebagai langkah memperluas impak inisiatif kesejahteraan ini, CUCKOO Malaysia telah bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk memasang 96 stesen air di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA. Buat julung kalinya, stesen air ini juga akan ditempatkan di dalam kawasan pintu pelepasan Terminal 1, memastikan para penumpang mempunyai akses mudah kepada air minuman bersih yang memenuhi piawaian sebelum berlepas. Inisiatif ini turut menyokong pengurangan ketara penggunaan botol plastik sekali guna di pintu masuk utama negara.
Memperkenalkan HEPI: Simbol Kediaman Sihat
Pada majlis penuh bersejarah itu, CUCKOO Malaysia turut mengesahkan kesinambungan kerjasama dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong sebagai Duta Jenama, menandakan kerjasama erat yang terjalin sejak sekian lama berasaskan nilai yang dikongsi bersama. Seterusnya, majlis itu diteruskan dengan pengenalan maskot pertama CUCKOO, HEPI.
HEPI ialah simbol “Pencipta Kediaman Sihat” yang neutral, diinspirasikan daripada perkataan “Happy”. Dengan rekaan untuk merapatkan jurang antara kesejahteraan holistik dan kegembiraan, HEPI menampilkan mata berbentuk bulan sabit serta mulut yang sedikit melengkung, memberikan ekspresi mesra dan semula jadi. Tangannya yang terbuka luas sedia untuk memberikan pelukan yang hangat kepada semua orang, manakala simbol hati di dadanya memancarkan sinar kebahagiaan. Kehadiran HEPI mengingatkan kita bahawa apabila sesebuah rumah yang sihat akan membawa kebahagiaan dengan sendirinya.
Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO Malaysia, Queenie Goh ketika mengulas mengenai evolusi jenama itu berkata, “Ekosistem penyelesaian kesejahteraan kami yang holistik bukan sahaja memupuk kesejahteraan dalam setiap kediaman, malah ia turut membawa kebahagiaan. Melalui kerjasama strategik bersama jenama ikonik, personaliti berpengaruh dan pengenalan maskot HEPI, kami mempergiat lagi usaha untuk memastikan mesej kediaman sihat sampai ke setiap pelosok negara. Kami berharap dapat terus memperkasa lebih ramai lagi untuk menjadi #SAMASAMAHealthier dan mengingatkan semua orang agar menghargai kebahagiaan yang lahir daripada kesejahteraan.”
