Bermula dari tahun 2023, Warung Asam Pedas Dusun telah menjadi satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat asam pedas tempatan.


Menghidangkan menu asam pedas hasil air tangan orang Muar, kedai asam pedas ini menampilkan menu asam pedas daging tetel, ikan pari, ikan parang, ikan tenggiri, ikan kembung dan ikan mayong dan ikan siakap menjadi menu tambahan pada hari-hari tertentu. Kelima-lima menu ini disediakan setiap hari dengan menggunakan ikan segar bagi mengekalkan mutu dan kualiti makanan.
Kedai ini beroperasi dari pukul 7 pagi untuk menu sarapan seperti nasi lemak, mee kari, soto dan lain-lain juadah sarapan. Menu seterusnya untuk makan tengahari menyusul dengan hidangan asam pedas dan lauk pauk yang lain. Bukan setakat itu sahaja, menjelang malam kedai ini menampilkan masakan panas dan juga asam pedas claypot untuk santapan pengunjung.


Rata-rata pengunjung amat menyukai kepelbagaian menu di warung ini dengan asam pedas daging tetel menjadi menu ‘hot’ kegemaran ramai. Selain daripada itu, tidak dilupakan ulam-ulaman dan hidangan sampingan yang menjadikan olahan makan tengahari semakin asyik. Dengan harga yang berpatutan dan versi lauk-pauk yang pelbagai, tidak hairan jiika anda menjadi rambang mata ketika melangkah membawa pinggan untuk memilih makanan.
Pilihan saya pada kali ini, semestinya asam pedas daging tetel, disulami ulam raja dan juga telur masin. Sungguh menyelerakan.
Jika anda berkunjung ke Melaka, atau secara khususnya berada di persekitaran MITC, Warung Asam Pedas Dusun ini amat disyorkan sebagai tempat melepaskan lelah dan mengisi perut. Selamat menjamu selera.
