Kuala Lumpur, 04 Februari 2026 – XOX hari ini mengumumkan pelancaran pelan pascabayar ETS RM38 yang menawarkan satu perjalanan percuma Electric Train Service (ETS) setiap bulan, bernilai hanya RM38. Inisiatif ini menyokong usaha nasional untuk menggalakkan pelancongan domestik serta meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, sejajar dengan peranan perjalanan rel yang semakin menjadi sebahagian rutin pergerakkan antara bandar di Malaysia.
Seiring dengan peluasan perkhidmatan ETS merangkumi laluan utama antara bandar, termasuk koridor Kuala Lumpur–Johor Bahru, perjalanan rel kini menjadi pilihan harian bagi ramai rakyat Malaysia. Pada tahun lalu sahaja, ETS mencatatkan lebih empat juta perjalanan penumpang, mencerminkan peningkatan penggunaan pengangkutan awam di peringkat nasional.
Di bawah pelan ini, pelanggan hanya perlu membayar RM38 sebulan dan layak mendapat satu tiket ETS setiap bulan, sekali gus menukar langganan mudah alih biasa kepada manfaat perjalanan antara bandar secara berulang. Berbeza dengan promosi telko konvensional yang bergantung kepada insentif pendaftaran sekali sahaja, perjalanan ETS ini merupakan keistimewaan bulanan. Penebusan tertakluk kepada ketersediaan dan terma serta syarat yang berkenaan, tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya jika tidak digunakan, dan tiket yang berharga melebihi RM38 boleh ditebus dengan bayaran tambahan.
Mengulas mengenai pelancaran tersebut, Datuk Kenneth Vun, Pengarah Urusan XOX berkata: “Pelan ini mencerminkan perubahan dalam cara kami mentakrifkan nilai. Daripada meminta pelanggan berbelanja dan menunggu ganjaran, kami menawarkan sesuatu yang praktikal dan boleh dinikmati serta-merta setiap bulan. Apabila perjalanan rel menjadi sebahagian daripada cara rakyat Malaysia bergerak antara bandar, perkhidmatan mudah alih juga perlu berkembang untuk menyokong pergerakkan kehidupan sebenar, bukan sekadar penggunaan digital.”
Pelan pascabayar ETS RM38 boleh didapati melalui onlinestore.xox.com.my serta di semua cawangan fizikal XOX di seluruh negara. XOX juga akan mengadakan siri jelajah promosi di stesen ETS utama di seluruh negara bagi mendekati para penumpang dan pengguna perjalanan antara bandar secara langsung.
