PORT VILA, Vanuatu, 22 Januari 2026 /PRNewswire/ — Bagi Vantage Markets, tahun 2025 bukan sahaja menyaksikan tahun ke-16 syarikat ini beroperasi, tetapi juga merupakan pencapaian yang penting dalam evolusi jenamanya. Ditubuhkan pada tahun 2009, Vantage berkembang daripada pencabar industri menjadi broker berbilang aset yang diiktiraf pada peringkat global yang menawarkan pelbagai produk yang komprehensif, termasuk pertukaran asing, komoditi, indeks, ekuiti, dana dagangan bursa (ETFs) dan Kontrak untuk Perbezaan (CFD).
Dalam memasuki fasa pertumbuhan yang baharu, Vantage mengesahkan sekali lagi komitmennya terhadap visi teras “Ultimate Trading Machine”, menunjukkan komitmen ini melalui pelaburan yang berterusan dalam teknologi, pembangunan jenama serta amalan perniagaan bertanggungjawab yang disokong oleh prestasi yang mantap, perkongsian strategik serta tumpuan yang berterusan ke atas tanggungjawab sosial.
I. Membina Kepercayaan Melalui Pengiktirafan Industri Bebas
Dalam pasaran derivatif atas kaunter, kredibiliti platform merupakan pertimbangan kritikal yang dapat membimbing keputusan yang dibuat oleh pedagang. Melalui usaha berterusan untuk memperkukuh pematuhan dan ketelusan, Vantage mendapat pengiktirafan yang meluas dalam seluruh industri ini.
Semasa musim anugerah 2024-2025, kemajuan Vantage digambarkan merentas pelbagai penanda aras industri. Pada Professional Trader Awards 2024, syarikat ini diberi penghormatan menerusi anugerah Broker Paling Dipercayai—anugerah yang menonjolkan tumpuannya ke atas sekuriti dana, kepatuhan kawal selia dan amalan perniagaan yang beretika.
Pada masa yang sama, dalam segmen perdagangan sosial semakin matang dengan pesat, Vantage menerima Anugerah Terbaik dalam Kelas untuk Perdagangan Salinan daripada ForexBrokers.com untuk tahun kelima berturut-turut (2021-2025). Pencapaian ini memperlihatkan kejayaan syarikat dalam membina ekosistem perdagangan salinan bingkas—ekosistem yang mengurangkan halangan kemasukan untuk pendatang baru di samping menyediakan platform yang andal kepada pedagang berpengalaman untuk berkongsi dan meningkatkan strategi mereka.
II. Ujian Utama Dalam Keadaan Pasaran Mencabar
” Ultimate Trading Machine ” haruslah berperanan lebih daripada sekadar slogan pemasaran—ia mesti memberikan prestasi yang konsisten dalam keadaan pasaran yang ekstrem dan tidak menentu.
Semasa pilihan raya presiden A.S. 2024, apabila pasaran kewangan global mengalami pergolakan yang semakin meningkat, portal kewangan terkemuka Investing.com menjalankan ujian tekanan prestasi yang komprehensif ke atas Vantage. Keputusan yang diperoleh bukan sahaja mengesahkan kebingkasan infrastruktur syarikat tetapi juga memberikan pengesahan dipacu data atas dakwaannya terhadap kestabilan:
- Pelaksanaan gelinciran sifar yang tinggi: Menurut model akaun STP, walaupun semasa tempoh ketegangan kecairan yang teruk sekitar pilihan raya, Vantage mencapai kadar gelinciran sifar sehingga 79%, membolehkan pelanggan melaksanakan perdagangan dengan ketepatan harga yang tinggi.
- Kawalan spread luar biasa: Data ujian menunjukkan bahawa spread emas Vantage kekal konsisten dalam julat yang amat ketat dengan 8-9 mata sepanjang tempoh pilihan raya, menonjolkan pengurusan kecairan dan kualiti pelaksanaan yang berkesan.
III. Peningkatan Jenama: Daripada McLaren hinggalah Ferrari
Dalam mengartikulasikan etos jenamanya, Vantage memanfaatkan perkongsian sukan permotoran elit bagi merangkumkan nilai-nilai kelajuan serta ketepatan secara konsisten.
Menjelang akhir tahun 2024, Vantage memuktamadkan perkongsiannya selama tiga tahun bersama pasukan NEOM McLaren Extreme E. Berlumba dalam beberapa keadaan yang paling ekstrem di dunia, Extreme E mencerminkan sifat pasaran kewangan yang pantas dan tidak dapat diramalkan. Melalui kempen “Reborn a Trader”, perjalanan ini membawa kepentingan kepada komuniti pedagang global yang ingin menerobos sempadan dan mengejar penambahbaikan berterusan.
Pada tahun 2025, Vantage mengumumkan secara rasmi perkongsiannya bersama Scuderia Ferrari HP yang menyaksikan langkah yang strategik untuk mencapai peringkat tertinggi dalam pemasaran sukan. Usaha Ferrari tanpa henti-henti menuju kelajuan dan usaha gigih untuk mencapai kemenangan benar-benar sejajar dengan disiplin, ketepatan dan fokus yang diperlukan dalam perdagangan kewangan. Perikatan baharu ini dijangka akan mengukuhkan lagi kehadiran jenama Vantage dalam pasaran perdagangan premium dan profesional global.
IV. Teknologi untuk Semua: Merapatkan Jurang Antara Pedagang Institusi dan Pedagang Runcit
Visi teknologi Vantage sentiasa tertumpu pada menghapuskan jurang antara keupayaan perdagangan institusi dan runcit.
- Infrastruktur: Dengan memanfaatkan kluster pelayan di hab kewangan global termasuk New York dan London, Vantage menggunakan jarak fizikal untuk mengurangkan kependaman rangkaian dengan ketara.
- Inovasi Ciri: Pengenalan fungsi “Multi-Strategi” dalam copy trading membenarkan pengguna menggabungkan strategi perdagangan yang berbeza dalam satu kerangka, selain mempelbagaikan risiko dan mengoptimumkan pulangan.
- Reputasi Pengguna: Setakat Januari 2025, Vantage memperoleh lebih 5,000 ulasan melalui Trustpilot, mengekalkan penarafan 4-bintang yang kukuh. Pengguna kerap menyebut keandalan sistem dan perkhidmatan profesional sebagai kekuatan utama.
V. Perniagaan untuk Kebaikan: Amalan Strategik dalam ESG
Nilai korporat jangka panjang bukan sahaja ditakrifkan oleh prestasi kewangan tetapi juga komitmen terhadap tanggungjawab sosial. Melalui Vantage Foundation, syarikat meletakkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai keutamaan strategik, menggambarkan tindak balas yang mantap dan tepat pada masanya dalam usaha bantuan bencana:
- Bantuan Kebakaran di Hong Kong: Sebagai tindak balas kepada kejadian kebakaran besar yang berlaku baru-baru ini di SAR, Vantage segera mendermakan sebanyak HKD 1 juta dan menyokong usaha bantuan tempatan melalui bantuan terkoordinasi di lokasi.
- Bantuan Taufan di Vietnam: Susulan bencana taufan yang berlaku di negara berkenaan, Vantage mengatur pasukan sukarelawan untuk menghantar bekalan yang amat diperlukan kepada komuniti yang terjejas.
Selain tindak balas bencana, Vantage memperjuangkan inisiatif global dengan aktif, bermula dengan menyokong usaha UNESCO untuk meningkatkan literasi digital hinggalah menyumbang kepada program UNHCR yang melindungi pelarian, seterusnya mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama kewangan yang bertanggungjawab dan terlibat pada peringkat global.
