TAIPEI, 15 Januari 2026 /PRNewswire/ — The LPGA of Taiwan (TLPGA) dan Japan Ladies Professional Golfers’ Association dengan gembiranya mengumumkan “Kejohanan Golf Wanita Taiwan Foxconn 2026” di litar rasmi JLPGA pada tahun ini bagi membawa jelajah golf wanita yang paling lumayan di Asia ke Taiwan buat julung kalinya dalam tempoh hampir setengah abad lamanya serta barisan atlet elit yang bersaing untuk memperoleh wang tunai bernilai AS$2 juta yang mencatat rekod.
Bagi merancakkan lagi permainan, pertandingan ini – yang dijenamakan semula daripada Kejohanan Pemain Foxconn TLPGA dua tahun yang lalu – akan menyaksikan kembalinya penaja perdana Hon Hai Technology Group (Foxconn), iaitu pengilang elektronik yang terbesar di dunia dan penyedia penyelesaian teknologi yang terkemuka, serta penaja khas buat julung kalinya, syarikat berpengaruh teknologi Jepun, SoftBank Corp.
Melahirkan pemain-pemain golf berkedudukan tertinggi, termasuk Hisako Higuchi dan Ai Miyazato, JLPGA merupakan pertandingan yang tepat untuk pemain legenda golf Taiwan sendiri, Ai-yu Tu yang pernah menyapu bersih 71 kejohanan dan merupakan pemenang yang mendapat gelaran dan wang tunai sebanyak tujuh kali dalam Jelajah JLPGA yang mengumpul lebih 110 kemenangan dalam kerjayanya dan dimasukkan ke dalam Dewan Kemasyhuran Golf Jepun. Cik Tu ialah penasihat khas untuk Kejohanan Golf Wanita Taiwan Foxconn 2026.
Pengerusi TLPGA, Huang Pi-hsun berkata: “Pencapaian cemerlang Cik Tu dalam Jelajah JLPGA menjadi sumber kebanggaan Taiwan. Saya bersyukur atas sokongan daripada Foxconn yang membolehkan jelajah impian ini kembali ke Taiwan selepas 48 tahun bagi memberikan pentas kepada pemain muda untuk mencabar dunia.”
Naib Presiden JLPGA, Takako Matsuo berkata: “Sepanjang dua tahun lalu, kami menyaksikan TLPGA dan Foxconn berjaya membawa permainan ini ke tahap permainan elit. Sebagai salah satu kejohanan utama Asia pada tahun ini, kami sangat berharap dapat membawa para pemain Jepun ke Taiwan pada bulan Mac untuk menyertai pertandingan peringkat tinggi.”
Jumlah wang tunai merupakan yang kedua tertinggi dalam Jelajah JLPGA bagi tahun 2026 dan satu lagi rekod yang dicatatkan untuk kejohanan tajaan Foxconn sejak ia dirasmikan pada tahun 2024. Pada asalnya ditubuhkan sebagai kejohanan pemain, pertandingan ini memperlihatkan keunikannya menerusi mata kedudukan yang luar biasa, wang hadiah yang besar dan semangat kesukanan elit.
Kejohanan Golf Wanita Taiwan Foxconn 2026 akan diadakan pada 12-15 Mac di Orient Golf & Country Club, Taoyuan. Ikuti aksi dan dapatkan maklumat mutakhir melalui Facebook rasmi kejohanan ini dan di Instagram rasmi Foxconn.
