SHENZHEN, China, 12 Januari 2026 /PRNewswire/ — Yaber, jenama teknologi rumah yang diiktiraf pada peringkat global, mengumumkan pada hari ini pengembangannya ke dalam kategori pembersihan pintar. Sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan jenamanya yang lebih luas, Yaber terus mengembangkan portfolio berbilang kategorinya di bawah seni bina jenama berpadu yang merangkumkan barisan hiburannya yang mantap, Yaber Projector dan juga barisan peralatan rumah yang baru diperkenalkan, Yaber Home.
Syarikat ini mendedahkan rancangan untuk melancarkan barisan produk pembersihan pintar pertamanya di bawah Yaber Home pada Suku Pertama 2026 dengan memperkenalkan dua pembersih vakum tanpa kord dan turut menyaksikan langkah yang penting dalam pengembangan Yaber ke dalam senario rumah pintar terpelbagai melangkaui hiburan rumah.

Barisan produk akan datang bakal merangkumkan Pembersih Vakum Pegang Tanpa Kord Aras-Permulaan L10 dan Pembersih Vakum Tanpa Kord Nilai-Tinggi P20. Dengan kedudukan terbeza yang begitu jelas, kedua-dua model ini direka untuk memenuhi beraneka jenis keperluan pembersihan rumah—bermula daripada penyelenggaraan harian yang ringan hinggalah kegunaan keluarga yang amat kerap—memperlihatkan langkah strategik Yaber menuju persekitaran kehidupan seharian.
Menurut Yaber, L10 menonjolkan reka bentuk yang ringan dan kemudahan penggunaan, menyasarkan pengguna vakum tanpa kord kali pertama dan juga pengguna yang tercari-cari penyelesaian pembersihan yang mudah dan andal. P20, yang mendapat tempat berdasarkan nilainya yang kukuh, direkayasa untuk mengimbangi prestasi, hayat bateri dan juga fungsian praktikal bagi memenuhi keperluan keluarga yang mengutamakan kecekapan dan kemampuan. Kedua-dua produk ini bersama-sama membentuk asas bagi portfolio pembersihan pintar Yaber Home.
Sejak penubuhannya, Yaber membina pengiktirafan jenama global yang kukuh melalui Yaber Projector dengan menyediakan projektor hiburan berkesan kos dan boleh diharapkan untuk pengguna di lebih 120 negara dan wilayah di serata dunia. Berdasarkan pengalamannya dalam reka bentuk produk, integrasi teknologi dan pembangunan yang berpusatkan pengguna, kini Yaber memperluas keupayaannya ke dalam kategori-kategori peralatan rumah berfrekuensi tinggi melalui Yaber Home, dengan memfokuskan pada inovasi praktikal serta kebolehgunaan harian.
Yaber menyatakan bahawa pelancaran barisan pembersihan pintarnya memperlihatkan pencapaian yang penting dalam pertumbuhan jangka panjang jenama ini. Memandang ke hadapan, syarikat ini merancang untuk terus memperluas Yaber Projector dan Yaber Home sekitar senarai tindakan isi rumah teras, lantas mempercepat evolusinya menjadi jenama kehidupan pintar berbilang kategori dan dalam senario penuh.
