Kuala Lumpur, 12 Januari 2026 – oneXOX kini melancarkan Kempen Hello Yellow Tahun Baharu bermula sekarang hingga 15 Februari 2026, membawa semangat keceriaan dan optimisme kepada rakyat Malaysia melalui ganjaran menarik. Menerusi kempen ini, pelanggan berpeluang memenangi sebuah kenderaan elektrik iCAUR 03 yang baharu, selain hadiah mingguan selama lapan minggu berturut-turut termasuk iPhone 17 Pro dan iPhone 17. Pelanggan hanya perlu membuat perbelanjaan minimum RM35 melalui tambah nilai, pembayaran bil atau langganan untuk melayakkan penyertaan.

Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan kempen ini, model iCAUR 03 akan dipamerkan secara eksklusif di Mix Sober, TREC KL bermula pertengahan Januari hingga 15 Februari 2026. Pengunjung bukan sahaja berpeluang melihat sendiri kenderaan tersebut, malah boleh menyertai peraduan Snap & Win dengan merakam gambar bersama iCAUR 03, berkongsi keunikan dan daya tarikannya di media sosial, serta berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai sehingga RM500.
Mengulas mengenai kempen tersebut, Loh Boon Teong, Ketua Pegawai Komersial, Perniagaan Mudah Alih oneXOX berkata, “Kami menukar rutin harian pelanggan kepada ganjaran yang bermakna. Hello Yellow adalah cara kami menghargai kesetiaan pelanggan melalui pengalaman yang ringkas tetapi berimpak, sekali gus membuka tirai tahun 2026 dengan penuh keterujaan. Kempen ini mencerminkan komitmen oneXOX untuk terus memberikan nilai tambah kepada pelanggan melalui penyertaan yang mudah serta ganjaran yang benar-benar bermakna.”
Belanja RM35 dan Rebut Peluang Memandu Pulang iCAUR 03
Penyertaan amat mudah — pelanggan baharu akan menerima penyertaan apabila mengaktifkan dan melanggan pelan RM35, manakala pelanggan sedia ada akan memperoleh penyertaan bagi setiap perbelanjaan RM35. Pengaktifan auto-debit pula memberikan lima penyertaan segera bagi meningkatkan peluang kemenangan.
