SINGAPURA, 10 Januari 2026 /PRNewswire/ — Tanggal 10 Januari 2026, SeaVerse mengumumkan pelancaran global bagi platform penciptaan dan pasang atur natif-AI yang pertama di dunia. SeaVerse mengintegrasikan model bahasa besar, penjanaan imej, penjanaan video dan ejen AI, lalu membolehkan pengguna menggabungkan sebarang idea kreatif ke dalam produk—demo, aplikasi atau laman web—hanya dengan satu prom. SeaVerse menangani cabaran alatan AI berpecah-pecah dengan menonjolkan “All in AI Native” yang membawakan revolusi berpandangan jauh untuk pencipta dan juga pasukan AI.

Inovasi daripada SeaVerse terletak pada tindakannya meninggalkan aliran kerja lazim yang menggunakan alatan berasingan. Sebaliknya, ia membina gelung natif-AI hujung-ke-hujung—bermula daripada penjanaan kepada pratinjau, penerbitan kepada lelaran—yang kesemuanya dalam ruang kerja yang sama. Pengguna bermula dengan bahasa tabii, melihat hasil secara langsung dan memasang atur secara dalam talian tanpa persediaan tambahan.
Platform ini turut menyokong pembangunan kolaboratif. Selepas penerbitan, pembangun boleh mengundang rakan usaha sama untuk mengalaminya, memberi maklum balas dan menyumbang penambahbaikan dalam aliran kerja dan contoh produk yang sama, seterusnya membolehkan pasukan beralih daripada prototaip kepada hasil yang sedia menjalani proses pengeluaran dalam satu persekitaran.

“All in AI Native”
- Jana segala-galanya: Cipta aset berbilang modal (imej, video, muzik, permainan) daripada satu prom. Masukkan “permainan perlumbaan 3D futuristik” untuk menjana latar, muzik, kod dan video secara serentak—kesemuanya dalam satu ruang kerja.
- Bina produk untuk anda: Gabungkan output janaan AI menjadi produk yang boleh beroperasi. Ubah latar permainan, model, kod dan bunyi menjadi permainan yang lengkap dan boleh dimainkan—bukan sekadar aset-aset terpencil.
- Terbit Satu-Klik: Terbitkan dengan satu klik—tiada pelayan, domain atau skrip diperlukan. Permainan dipasang atur secara automatik ke awan dengan pautan yang boleh dikongsi dan boleh dimainkan terus pada penyemak imbas.
Lelaran Kolaboratif: Ahli-ahli pasukan mengulas, memberi maklum balas dan menambah baik secara langsung pada platform ini. Semua pengubahsuaian berlaku dalam tika produk yang sama dengan penyegerakan versi automatik.

“Matlamat kami adalah untuk merapatkan jurang antara idea dan produk sebenar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SeaVerse. “Keupayaan ‘All in AI Native’ daripada SeaVerse membantu pencipta menyampaikan hasil dengan lebih pantas dan membuat lelaran dengan lebih mudah.” Ini seterusnya mendayakan visi “seorang individu sebagai satu pasukan.”
SeaVerse membina platform penciptaan dan pasang atur natif-AI pertama di dunia yang dirangka untuk membantu sesiapa sahaja beralih daripada idea kepada produk yang boleh dipasang atur pada satu tempat. Jelas melalui erti namanya: cipta alam semesta daripada satu idea.
