Platform kaca mata AI tanpa paparan seberat 38.5-gram yang menampilkan seni bina dwicip dan fokus kebolehcapaian global—membawakan AI untuk pemakaian harian dan mempercepat penerimagunaan kaca mata pintar arus perdana.
LAS VEGAS, 7 Januari 2026 /PRNewswire/ — Rokid, iaitu perintis bertaraf global bagi interaksi manusia-komputer dan kaca mata dikuasakan AI memperkenalkan pada hari ini Rokid Ai Glasses Style di CES 2026. Style ialah kaca mata AI tanpa paparan dan berpusatkan suara yang dibina untuk pemakaian sepanjang hari yang menggabungkan ekosistem AI terbuka, reka bentuk mengutamakan preskripsi, seni bina dwicip dan komitmen teguh terhadap kebolehcapaian global.

Dengan berat hanya 38.5 gram, Style merupakan antara kaca mata AI berciri penuh yang paling ringan terdapat dalam pasaran. Direka sebagai kaca mata premium dan bukannya gajet, ia memberikan jawapan daripada Rokid kepada dilema industri yang wujud sejak dahulu lagi: bagaimana caranya memberikan kefungsian AI yang berkuasa tanpa menjejaskan keselesaan, gaya mahupun hayat bateri.
Selepas lebih sedekad memfokuskan khususnya pada AR dan kaca mata pintar, Rokid memberi tempat kepada Style sebagai langkah utama menuju ke arah apa yang digambarkan oleh ramai peneraju industri ketika ini sebagai anjakan pengkomputeran-peribadi utama yang seterusnya — “detik iPhone” pada kaca mata AI. Seperti yang dinyatakan oleh individu berwawasan teknologi Kevin Kelly semasa lawatan yang diadakan baru-baru ini ke Rokid, “Kaca mata pintar akan menjadi iPhone seterusnya.”
Mengapa Ia Penting — Ekosistem AI Terbuka Pertama Dunia Tanpa Terhad pada Kaca Mata
Tidak seperti kebanyakan kaca mata pintar yang dihadkan pada model AI tunggal atau tindanan perkhidmatan sekawasan, Rokid Ai Glasses Style dibina berasaskan strategi AI global yang bersifat terbuka.
Style menyokong berbilang enjin AI, termasuk ChatGPT, DeepSeek dan Qwen, serta berintegrasi dengan perkhidmatan global seperti Google Maps dan Microsoft AI Translation bagi mendayakan penggunaan AI merentas wilayah dan bahasa tanpa had ekosistem.
Selain model AI, Rokid komited terhadap perkongsian global terbuka. Di China, Rokid sudahpun menghubungkan perkhidmatan seperti pembayaran, insurans, e-panggilan, kawalan kereta dan kesihatan, serta melancarkan AI Agent Store — iaitu platform mengutamakan pembangun yang membolehkan ejen AI pihak ketiga beroperasi secara natif pada kaca mata pintar.
Ekosistem terbuka ini akan berkembang secara beransur-ansur ke pasaran antarabangsa, lalu memperkukuh visi Rokid terhadap AI tanpa sempadan, fleksibel dan dikawal oleh pengguna.
Apa yang Membezakan Style — Ekosistem Preskripsi & Kanta Paling Komprehensif dalam Industri
Keserasian preskripsi bukanlah ciri tambahan — ia menjadi teras kepada reka bentuk Style.
Rokid memperkenalkan perkhidmatan preskripsi dalam talian global yang komprehensif, menangani salah satu halangan penerimagunaan yang terbesar pada kaca mata pintar. Style menyokong julat pembetulan bermula daripada plano hingga ±15.00D yang meliputi:
- Miopia
- Astigmatisme
- Presbiopia
- Kanta progresif
- Kanta fungsian (fotokroma, berwarna, cahaya-biru, UV, terkutub, antipantul)
Style menampilkan kanta yang amat nipis dengan lapisan anticalar dan kanta fotokroma dinamik yang boleh didapati dalam enam pilihan warna yang dapat bertukar daripada kaca mata ruang tertutup yang jernih kepada kaca mata hitam luar yang bergaya dalam masa ~25 saat.
Melalui platform preskripsi global Rokid, pengguna boleh memuat naik preskripsi secara dalam talian dan menerima kanta tersuai dalam tempoh 7–10 hari yang dihantar terus ke pintu rumah mereka.
“Kaca mata AI menjadi antara muka paling alamiah untuk era pengkomputeran yang seterusnya. Kejelasan merupakan hak asasi manusia,” kata Zoro Shao, Pengurus Besar Global di Rokid. “Dengan Style, matlamat kami adalah mudah: menjadikan AI yang canggih benar-benar boleh digunakan, selesa dan mudah diakses untuk kehidupan seharian. Kami juga memastikan agar keperluan preskripsi tidak mengehadkan capaian pengguna kepada kebijaksanaan dan teknologi.”
Inovasi Teras — Empat Inovasi Pertama Dunia Menetapkan Standard Industri Baharu untuk Kaca Mata AI
Rokid mempelopori teknologi asas secara tekal yang kini menjadi kebiasaan industri. Dengan Style, syarikat ini memperkenalkan atau memajukan empat penemuan yang pertama di dunia:
- Ekosistem AI global berciri terbuka yang pertama di dunia dalam bidang kaca mata
- Seni bina kaca mata AI dwicip pertama di dunia (kini diterima secara meluas dalam seluruh industri kaca mata pintar)
• NXP RT600 mengendalikan tugasan berkuasa rendah dan sentiasa aktif
• Qualcomm AR1 mengurus beban kerja AI dan pengimejan - Kaca mata AI pertama di dunia yang menyokong interaksi suara dalam 12 bahasa
- Kaca mata AI pertama di dunia dengan interaksi berbilang sebenar + pintasan AI
Style menyokong interaksi suara dalam 12 bahasa dan terjemahan dalam 89 bahasa, di samping input berbilang mod yang merangkum arahan suara, kawalan fizikal, gerak isyarat kepala dan pintasan AI. Pengguna boleh mengangguk untuk menjawab panggilan, menggelengkan kepala untuk menamatkan panggilan dan mengaktifkan fungsi-fungsi AI pratertakrif dengan cepat dan bebas tangan.
Direka untuk Kegunaan Setiap Hari — Keselesaan Amat Ringan, Hayat Bateri Sepanjang Hari dan Optik Premium
Dengan berat 38.5 gram (1.36 oz), Style adalah jauh lebih ringan berbanding produk-produk setanding (contohnya, Meta Ray-Ban Gen 1 seberat ~49g; Gen 2 seberat ~51–53g), menjadikannya benar-benar boleh dipakai sepanjang hari.
Direka agar kelihatan dan terasa seperti kaca mata premium, Style menampilkan:
- Engsel aloi titanium gred-penerbangan
- Pad hidung silicon-cecair berkusyen udara
- Reka bentuk bingkai berbentuk-D klasik
Hasil daripada seni bina dwicipnya, Style memberikan sehingga 12 jam penggunaan harian biasa dan lebih 24 jam masa tunggu sedia dengan sekali cas.
Dibina untuk Personalisasi Gaya Harian dan Pencipta — Pengimejan Tiga-Format Tanpa Kompromi
Style menawarkan dua warna bingkai — Jet Black dan Translucent Grey — digandingkan dengan pelbagai pilihan kanta bagi membolehkan pengguna menyesuaikan kaca mata mengikut fesyen, pencahayaan, aktiviti atau mood.
Dilengkapi dengan sensor Sony 12MP, audio luar telinga, pengimejan canggih dan rakaman 4K, Style memperkenalkan sistem pengimejan tiga-format yang sedia digunakan oleh pencipta: 3:4/4:3/9:16.
Tidak seperti kebanyakan kaca mata pintar yang hanya menyokong satu format tangkapan, Style mengupayakan kandungan segera dan sedia-platform untuk Instagram, TikTok, YouTube dan banyak lagi — tanpa keratan, tanpa pascasuntingan diperlukan.
Tambahan pula, Style menyokong rakaman video terus-menerus sehingga 10 minit, jauh melebihi had ~3 minit biasa pada produk-produk setanding seperti Meta Ray-Ban.
Sama ada merakam babak sinematik, detik format segi empat sama atau kandungan sosial menegak, pengguna boleh menukar format dengan mudah bagi memastikan setiap tangkapan sedia untuk platform tanpa perlu dipotong atau disunting selepasnya — memberikan Rokid kelebihan daya saing yang ketara bagi kaca mata pintar mesra pencipta.
Harga Kompetitif dan Ketersediaan
Direka untuk mengimbangi dilema “segi tiga mustahil” dalam industri ini: kebolehpakaian & keselesaan, kefungsian & prestasi serta hayat bateri yang panjang, Style mengintegrasikan interaksi AI berbilang mod, optik preskripsi jitu dan ringan, dengan harga runcit global bermula daripada $299, tidak termasuk cukai.
Bagi menampung kos kanta preskripsi yang tinggi, Rokid menawarkan “Golden Bundle” yang menyertakan kanta preskripsi indeks 1.60 dengan kefungsian fotokroma. Walaupun peranti yang setanding daripada jenama-jenama lain (cth. Meta Ray-Ban) berharga lebih $579, Rokid Style Golden Bundle hanya berharga $398, lalu menjadikan kaca mata AI canggih yang serasi dengan preskripsi lebih mudah diakses.
Rokid Ai Glasses Style tersedia untuk tempahan, dengan tawaran tempah awal yang membolehkan pelanggan memberikan deposit $1 dan menerima diskaun $20. Tempoh tempahan ini mendahului pelancaran dalam talian global rasmi pada 19 Januari 2026, apabila produk ini akan tersedia melalui laman web global Rokid serta saluran runcit dalam talian dan luar talian terpilih di seluruh dunia.
Semasa dilancarkan, Style akan diperkenalkan buat julung kalinya dengan warna Jet Black, dengan kombinasi warna kedua, Translucent Gray yang dijadualkan menyusul pada Mac 2026. Dua pilihan warna ini bersama-sama melambangkan falsafah reka bentuk dan slogan produk Rokid — “Twice the Style” (“Dua Kali Gaya”) — yang mengekspresikan gabungan kefungsian kaca mata pintar dan dwiestetik fesyen.
“Tanpa Meminggirkan Sesiapa”: Komitmen terhadap Kaca Mata AI demi Kebaikan Sosial dan Kebolehcapaian
Dalam usaha untuk mendemokrasikan teknologi buat pengguna cacat penglihatan, Rokid turut mengumumkan inisiatif kebolehcapaian yang bermatlamat untuk menyokong pengguna buta dan mengalami penglihatan terhad, dengan mengiktiraf bahawa kaca mata AI berasaskan audio boleh berfungsi sebagai “mata digital”. Pelanggan yang membeli Style untuk pengguna cacat penglihatan akan menerima subsidi $20, penurunan harga kepada $279, dengan promosi pelancaran tambahan yang akan mengurangkan lagi kos.
“Pada peringkat global, lebih 1 bilion orang mengalami gangguan penglihatan; 43 juta buta sepenuhnya dan dua pertiga menetap di rantau Asia-Pasifik. Mereka tidak memerlukan skrin atau paparan AR yang menarik.” Mereka amat terdesak bagi mendapatkan kaca mata AI yang ringan, tahan lama dan mempunyai keupayaan persepsi yang hebat untuk berfungsi sebagai “mata” mereka. Ini merupakan salah satu sebab terpenting kami mempercepat pelancaran Style,” kata Zoro Shao, Pengurus Besar Global di Rokid.
“Teknologi bukan sekadar mainan untuk segelintir orang; ia harus menjadi cahaya dalam kehidupan setiap orang,” tambah Zoro. “Misi kami adalah untuk tidak meminggirkan sesiapa pun.”
Sedekad Fokus pada Kaca Mata AR: Mempercepat Penerimagunaan Kaca Mata AI Arus Perdana
Rokid menghabiskan masa selama lebih sedekad memfokuskan khususnya pada kaca mata pintar. Pada tahun 2025, syarikat ini melancarkan Rokid Glasses, iaitu kaca mata AI & AR fungsi-penuh yang paling ringan di dunia dengan paparan, lalu mencipta rekod pasaran Realiti Lanjutan (XR) global dengan lebih $6 juta terkumpul dan mula menghantar unit pengeluaran secara besar-besaran ke seluruh dunia menjelang Disember—yang memperlihatkan keupayaan Rokid untuk beralih daripada inovasi kepada penggunaan dunia nyata.
Berdasarkan momentum ini, Rokid Ai Glasses Style menghapuskan halangan terakhir kepada penerimagunaan secara besar-besaran — berat, kos, keserasian preskripsi dan keterbukaan ekosistem — yang mempercepat peralihan kaca mata AI daripada pengguna awal kepada pengguna harian.
