Kota Kinabalu, 15 Disember 2025 – Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) sebagai komitmen bermakna dalam menyokong agenda pendidikan dan pembangunan modal insan di negeri ini.
Penyerahan replika cek sumbangan telah disampaikan oleh Datuk Japlin Haji Akim, Pengerusi CIS, kepada Dato’ Sri Haji Ghulam Haider Khan Bahadar, Pengerusi Bersama TPNS, di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Negeri; Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi TPNS; serta Pengurus Besar CIS, Tuan Haji Sumardi Mohd Yusof.
Kerajaan Negeri amat menghargai peranan CIS sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sentiasa mendokong usaha memperkasakan pendidikan anak-anak Sabah. Melalui kerjasama seperti ini, Sabah terus melabur untuk masa depan yang lebih berilmu, berdaya saing dan sejahtera.
Ucapan terima kasih ini disampaikan oleh Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah, yang menekankan kepentingan sumbangan korporat dalam memajukan pendidikan negeri.

