Hulu Langat 4 Disember, 2025 – Keadaan hujan yang berterusan di daerah Hulu Langat semalam telah menyebabkan beberapa kawasan rendah di sini dinaiki air.


Menurut penduduk di kawasan terbabit di sekitar Sungai Serai, air mula menaiki kawasan rumah dan menyekat akses jalan ke sekolah pada pukul 7.30pagi.
Keadaan banjir ini menyebabkan pelajar sekolah dengan bantuan JPAM dan pihak MPAJ terpaksa menaiki lori untuk ke kawasan selamat sewaktu sesi sekolah tamat. Ibu bapa dan pengusaha van sekolah nenunggu pelajar-pelajar terbabit berhampiran lampu isyarat.

Terdapat sebanyak tiga buah sekolah di kawasan ini menggunakan perkhidmatan lori terbabit secara penggiliran.

Menurut En. Abu Sofi, guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, keadaan jalan yang ditenggelami air ini menyekat laluan penduduk dan juga guru yang datang dari luar kawasan. Pihak sekolah akan melaksanakan PdPR esok bagi menangani situasi ini.
Sekolah terbabit yang juga menjadi Pusat Pemindahan Sementara, telah menerima 25 buah keluarga setakat ini yang mencari perlindungan sementara air surut.
Penduduk menjangkakan cuaca panas pada hari ini akan memulihkan keadaan banjir dengan segera. Namun, keadaan cuaca yang juga mungkin tidak menentu menyebabkan mereka sentiasa peka dengan hebahan berita semasa di dalam kumpulan WhatsApp dan menjangkakan kesiapsiagaan ini akan memudahkan pengalaman banjir pada kali ini.