Selangor, KL, Putrajaya, 1 Disember 2025 – Pemakanan seimbang memainkan peranan penting dalam perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak. Hidangan berkhasiat membantu untuk menguatkan tubuh badan, meningkatkan daya tumpuan serta mengekalkan tenaga, sekaligus membentuk asas kepada pembelajaran yang yakin dan penuh kreativiti. Seni pula mengaktifkan imaginasi, empati dan emosi untuk membantu kanak-kanak menzahirkan ilmu mereka dalam penemuan diri.
Dengan menghubungkan dua elemen penting ini, Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025 memperlihatkan bagaimana pemakanan sihat mampu menyemarakkan kreativiti, sekaligus memperkasa kanak-kanak untuk berfikir, berimaginasi dan berkarya melangkaui bilik darjah.
“Kanak-kanak sememangnya kuat berimaginasi. Apabila pemakanan yang baik digabungkan dengan seni, kita membantu mereka memahami bahawa gaya hidup sihat bukan sekadar rutin, ia mencerminkan kreativiti, keyakinan dan ekspresi kendiri,” kata Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran, A Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd. (Ayam Brand™).
Program ini merupakan hasil kerjasama antara Ayam Brand™, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan telah melibatkan lebih 6,300 murid sekolah rendah daripada 30 buah sekolah menerusi tiga komponen utama — Sesi Ceramah Pemakanan, Pertandingan Seni Individu, dan Pertandingan Mural Antara Sekolah.
Inisiatif ini berteraskan dua objektif bersama. Bagi pihak sekolah, ia menjadi platform pembelajaran berasaskan pengalaman untuk menggalakkan pelajar mengamalkan gaya hidup sihat melalui gabungan pemakanan dan kreativiti. Manakala bagi Ayam Brand™, program ini mencerminkan komitmen berterusan jenama tersebut dalam mempromosikan makanan berkhasiat, semula jadi dan bebas bahan pengawet, yang dapat menyatukan keluarga dan komuniti.
Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung dari 24 hingga 26 November 2025 di sekolah-sekolah pemenang masing-masing, turut dihadiri wakil Jabatan Pendidikan Negeri bagi meraikan kreativiti dan semangat berpasukan dalam kalangan murid.
“Inisiatif ini merupakan salah satu contoh kepada pembelajaran melalui pengalaman yang amat baik. Ia menghubungkan seni dengan nutrisi dan nilai murni, serta memberi keyakinan kepada murid untuk mengekspresikan diri secara kreatif,” kata Encik Muslim bin Mustafa, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang turut menghadiri majlis penyampaian hadiah.
1. Sesi Ceramah Pemakanan
Antara Julai hingga September 2025, sesi ceramah pemakanan Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ telah dijalankan bertujuan untuk mendidik murid tentang pemakanan seimbang, Pinggan Sihat Malaysia dan konsep #SukuSukuSeparuh, penyediaan bekal sihat, dan gaya hidup aktif.
Bagi menghidupkan lagi pengalaman pembelajaran, Ayam Brand™ turut mengagihkan pek hadiah kepada murid di semua sekolah yang terlibat, termasuk Santan Kelapa Ayam Brand™ dan Ayam Carik Mayones Ayam Brand™ yang memberi nutrisi, mudah untuk disediakan serta menggalakkan ramai keluarga menyediakan hidangan sihat bersama di rumah.
2. Pertandingan Seni Individu
Berlangsung serentak dari Jun hingga Oktober 2025, Pertandingan Seni Individu mengajak para pelajar menzahirkan bagaimana pemakanan sihat mampu menyemarakkan kreativiti dan keceriaan, berteraskan tema “Gaya Hidup Sihat dan Ceria bersama Ayam Brand™”. Sebanyak 150 penyertaan telah diterima dan dinilai berdasarkan kreativiti, mesej yang jelas, serta daya tarikan visual.

Tengku Mirafita Binti Tengku Amirfuddin, Penolong Pengurus Jenama Ayam Brand™ (kiri)
dan Encik Muslim bin Mustafa (kanan) bersama Pemenang Tempat Pertama, Nur Zara Afina
| Pemenang Pertandingan Seni Individu | |||
| Kedudukan | Nama Murid | Sekolah | Hadiah |
| Tempat Pertama | Nur Zara Afina binti Zamzairil | SK Desa Tun Hussein Onn | RM2,000 |
| Tempat Kedua | Siti Nur Shakirah binti Saari | SK Desa Tun Hussein Onn | RM1,500 |
| Tempat Ketiga | Nur Qisya Adelia Mohd Fairuz Azhar | SK Putrajaya Presint 18(1) | RM1,000 |
| Saguhati | Daniya binti Daniel | SK Desa Tun Hussein Onn | RM500 |
3. Pertandingan Mural Antara Sekolah
Sebagai acara kemuncak kempen ini, Pertandingan Mural Antara Sekolah telah berjaya mengubah dinding-dinding sekolah menjadi kanvas ceria yang menampilkan mesej kesihatan, semangat kerjasama dan imaginasi. Di bawah tema “Gaya Hidup Sihat dan Ceria bersama Ayam Brand™”, 30 pasukan, masing-masing terdiri daripada lima pelajar dan seorang guru penyelia, berganding bahu menghasilkan mural yang menyampaikan mesej gaya hidup sihat dalam persekitaran sekolah.

Mural-mural ini telah dinilai berdasarkan kreativiti, daya tarikan visual, mesej serta ketepatan tema iaitu kesihatan, dengan markah tambahan diberikan menerusi penglibatan media sosial menggunakan tanda pagar #Sihat&CeriaBersamaAyamBrand dan #MakanBijakBersama- AyamBrand.
“Saya belajar bahawa makanan sihat memberi lebih tenaga untuk saya melukis dan bermain. Pasukan kami melukis mural tentang bagaimana makanan yang baik menjadikan kami gembira dan kuat, dan kini semua warga sekolah boleh melihatnya setiap hari!” kata Alya Hani, 11 tahun, dari SK Taman Seri Gombak 2, salah seorang pemenang pertandingan mural.
| Pemenang Pertandingan Mural Antara Sekolah | ||
| Kedudukan | Nama Sekolah | Hadiah |
| Tempat Pertama | SK Desa Tun Hussein Onn | RM4,000 + Trofi |
| Tempat Kedua | SK (1) Selayang Baru | RM3,000 + Plak |
| Tempat Ketiga | SK Dusun Tua | RM2,000 + Plak |
| Saguhati (x2) | SK Taman Seri Gombak 2 & SK Seri Tasik | RM800/sekolah |
Meraikan Seni, Pemakanan dan Komuniti
Lebih daripada sekadar pertandingan, “Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025” telah menyemai kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat, kreativiti dan semangat komuniti dalam kalangan murid sekolah rendah. Program ini membuktikan bahawa gaya hidup sihat dan kreativiti saling melengkapi dalam membentuk generasi muda yang lebih ceria, yakin dan berdaya saing.
Sejak tahun 1892, Ayam Brand™ telah menjadi jenama kepercayaan jutaan pengguna di Asia, terkenal dengan komitmennya terhadap kualiti, bahan semula jadi serta tanpa bahan pengawet. Di samping produk, jenama ini terus komited dalam kesejahteraan komuniti melalui sokongan terhadap pendidikan dan kelestarian.
