SJM Perkukuh Hubungan Pelancongan di Asia Tenggara

33

Berjaya Tamatkan “Experience Macao Mega Sale” di Indonesia dan Malaysia

MACAU SAR – Media OutReach Newswire – 21 Oktober 2025 – Dalam usaha menyokong sepenuhnya inisiatif perdagangan pelancongan, SJM Resorts, S.A. (“SJM”) telah menyertai acara “Experience Macao Mega Sale” yang dianjurkan oleh Macao Government Tourism Office (MGTO) di Indonesia dan Malaysia dari 9 hingga 12 Oktober. Melalui penyertaan ini, SJM berjaya memperkenalkan pelbagai tawaran “Tourism+” dan pengalaman hospitaliti bertaraf premium kepada penduduk tempatan. Selain itu, SJM turut menganjurkan dua jamuan tengah harii bersama rakan industri pelancongan, bagi memperkukuh hubungan dan mewujudkan asas kerjasama dua hala yang bermanfaat dengan kedua-dua pasaran.

Para tetamu rasmi dari Macau dan Malaysia melawat reruai SJM, diiringi wakilnya di IOI City Mall Kuala Lumpur.

Acara di Indonesia telah dilancarkan pada 9 Oktober di Gandaria City Mall, Jakarta, diikuti oleh siri di Malaysia yang bermula pada 10 Oktober di IOI City Mall, Putrajaya. Selepas majlis pelancaran, tetamu kehormat melawat reruai SJM yang menampilkan dua ikon pelancongan terkenal Macau — Grand Lisboa Macau dan Grand Lisboa Palace Resort Macau, yang menempatkan tiga menara hotel mewah: Grand Lisboa Palace Macau bertaraf Lima Bintang Forbes, THE KARL LAGERFELD MACAU yang satu-satunya di dunia, serta Palazzo Versace Macau, yang pertama di Asia.

Turut dipamerkan ialah pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh SJM dalam bidang penginapan, kulinari, kemudahan serta perkhidmatan hospitaliti. Tetamu VIP juga bergambar bersama pasukan SJM dan maskot “Sam the Rooster”, sambil menyaksikan detik bersejarah ini bersama-sama.

Sebagai sokongan terhadap inisiatif “Tourism+” Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Macao bagi pembangunan rentas sektor yang mampan, SJM memperkenalkan pelbagai pakej hotel Grand Lisboa Palace yang merangkumi penginapan mewah, pengalaman kulinari eksklusif, aktiviti keluarga berasaskan “edu-tainment”, akses padang golf eksklusif serta pameran seni bertaraf dunia di Macau.

SJM turut menyokong kempen cabutan bertuah MGTO dan permainan interaktif dengan menaja hadiah penginapan hotel dan baucar makan, bagi menarik minat pelancong Indonesia dan Malaysia untuk melancong ke Macau. Ramai pengunjung tempatan turut mengambil bahagian dalam aktiviti di reruai SJM dan bergambar kenangan bersama “Sam the Rooster”.

Semasa lawatan ke kedua-dua bandar, SJM turut menganjurkan majlis makan tengah hari bersama pemain industri di The Westin Jakarta (Indonesia) dan Four Seasons Hotel Kuala Lumpur (Malaysia), menghimpunkan lebih 80 wakil daripada syarikat penerbangan, agensi pelancongan tempatan dan perancang MICE bagi sesi bagi sesi perkongsian ilmu dan pengalaman.

Bagi meneroka peluang kerjasama masa hadapan, SJM mempersembahkan perkembangan dan produk terbaharunya, mempersembahkan keunikan sumber pelancongan serta pengalaman budaya pelbagai di Macau. Jamuan ini turut memberi peluang kepada SJM memahami dengan lebih mendalam citarasa dan kehendak pelancong Asia Tenggara, sekali gus membantu membentuk tawaran pelancongan yang lebih bersasar untuk rantau ini. Sesi kuiz interaktif dengan hadiah menarik turut diadakan bagi menggalakkan para tetamu mengenali dengan lebih dekat produk pelancongan SJM dan meningkatkan minat terhadap destinasi Macau.

Melalui penyertaan dalam “Experience Macao Mega Sale” di Indonesia dan Malaysia, SJM telah mengukuhkan lagi daya tarikan pelancongan Macau di Asia Tenggara dan menegaskan komitmennya dalam menyokong usaha Kerajaan SAR untuk mempromosikan Macau sebagai “Pusat Pelancongan dan Riadah Dunia.”

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp