Shopee Malaysia Raikan Usahawan Tempatan di Shopee Rai Lokal: Sembang Niaga, Memperkasa PMKS untuk Kejayaan Akhir Tahun

27

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 17 Oktober 2025 – Shopee Malaysia baru-baru ini meraikan semangat dan kejayaan usahawan tempatan menerusi acara Shopee Rai Lokal: Sembang Niaga, yang menghimpunkan lebih 100 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dari seluruh negara. Acara ini memberi peluang kepada usahawan untuk berkongsi pengalaman, memperoleh pandangan baharu serta mempelajari strategi dan kemahiran bagi menghadapi musim beli-belah hujung tahun yang semakin hampir.

Shopee Rai Lokal: Sembang Niaga 2025 menghimpunkan usahawan tempatan bagi meraikan kejayaan PMKS serta berkongsi pandangan untuk terus berkembang menjelang musim jualan hujung tahun.

Sempena ulang tahun ke-10 menyokong usahawan tempatan, acara ini menegaskan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh pertumbuhan usahawan tempatan serta mengeratkan hubungan dengan komuniti usahawan yang semakin berkembang. Acara ini turut menampilkan kisah inspirasi kejayaan PMKS dan mengiktiraf usahawan berprestasi tinggi dari kempen 10.10 Brands Festival, dengan pelbagai hadiah menarik seperti telefon pintar, pakej percutian dan baucar Shopee.

Sokongan Menyeluruh Untuk PMKS Menjelang 11.11 dan 12.12

Dalam acara ini, Shopee turut memperkenalkan MSME Growth Package bernilai RM50 juta, yang diumumkan awal minggu ini sebagai inisiatif utama bagi memperkasa usahawan menjelang kempen 11.11 dan 12.12. Melalui sokongan pemasaran, logistik, dan digital, pakej ini bertujuan untuk membantu usahawan mencapai kejayaan baharu menjelang hujung tahun.

Sepanjang program, peserta berpeluang mengikuti bengkel interaktif dan sesi perkongsian yang memberi tumpuan kepada strategi perniagaan mereka menggunakan pelbagai alat dan program di Shopee. Antara yang diketengahkan ialah penggunaan AI modify for you Image Assistant yang membantu meningkatkan visual produk, pendedahan tentang peluang pasaran rentas sempadan menerusi Shopee International Platform (SIP) serta program MY-SG Direct, yang membuka akses ke pasaran Singapura, Thailand dan Filipina.

Kejayaan kempen 10.10 Brands Festival baru-baru ini turut mencerminkan keberkesanan usaha tersebut, dan menyaksikan jenama tempatan mencatat sehingga enam kali lebih banyak pesanan berbanding hari biasa, sekali gus membantu mereka mengekalkan momentum positif menjelang musim jualan akhir tahun.

Saovanee Chan-Somchit, Pengarah Negara Shopee Malaysia, berkata, “Acara ini mengumpulkan komuniti usahawan kami untuk bersedia menghadapi musim beli-belah hujung tahun dengan lebih yakin. Kami faham tempoh ini amat penting buat PMKS. Oleh yang demikian, kami ingin menyokong mereka dengan ilmu, alat dan bimbingan yang betul untuk berjaya. Melalui inisiatif seperti Shopee Rai Lokal dan Shopee University, kami membantu usahawan tempatan meningkatkan kemahiran, berhubung dengan lebih ramai pelanggan, dan membina pertumbuhan yang mampan dalam ekonomi digital.”

Peserta turut berpeluang melawat gerai interaktif dan bengkel latihan mengenai perkhidmatan Shopee seperti Fulfilled-by-Shopee, Affiliate Marketing Solutions dan Paid Ads, di samping menikmati sajian tempatan serta menyertai bengkel Shopee Live dan ShopeeUni.

Meraikan Kejayaan dan Semangat Komuniti

Sebagai tanda penghargaan, Shopee turut memberi penghargaan kepada 10 Usahawan PMKS Terbaik 10.10 atas prestasi cemerlang mereka di platform tersebut.

Salah seorang penerima penghargaan, James Lau, berkongsi, “Saya amat bersyukur atas peluang yang Shopee berikan untuk mengembangkan perniagaan saya. Pengiktirafan ini memberi semangat baharu untuk saya terus berusaha dan menawarkan produk yang lebih baik kepada pelanggan.”

Turut dikongsikan dalam acara ini ialah kisah inspirasi daripada komuniti Shopee Bintang, termasuk Edward Wong, pengasas HomeDecoStore, yang mendepani cabaran kehilangan pekerjaan semasa pandemik dan mengambil keputusan untuk membina perniagaan dalam talian.

“Kehilangan kerja sebagai jurulatih penerbangan semasa pandemik menjadi titik perubahan dalam hidup saya. Saya bermula dari bawah dengan menjual sejadah mini. Melalui Shopee Live, saya dapat berinteraksi dengan pelanggan dan memahami kehendak mereka. Dari situ, saya dapat hasilkan produk yang lebih dekat di hati pengguna,” katanya.

Syahmi Kamal dari MulaShopee, salah seorang usahawan yang hadir di acara tersebut, turut berkata, “Sembang Niaga merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan bermanfaat. Selain dapat mengenali lebih ramai usahawan lain, saya juga dapat pengetahuan tentang MSME Growth Package dan alat AI Shopee yang memudahkan urusan perniagaan harian kami.”

Menjelang ulang tahun ke-10 operasinya di Malaysia, Shopee akan terus memperkukuh ekosistem sokongan yang menggabungkan teknologi, pendidikan, dan komuniti untuk mewujudkan peluang inklusif di seluruh negara.

“Tenaga dan semangat positif yang ditunjukkan oleh usahawan kami di Shopee Rai Lokal: Sembang Niaga menggambarkan jiwa sebenar usahawan Malaysia. Kami ingin terus membina ekosistem yang mana setiap usahawan tanpa mengira latar belakang mempunyai peluang untuk berkembang dalam ekonomi digital,” tambah Chan-Somchit.

Posted in Biz

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp