POP MART Sertai Shopee 10.10 Festival Jenama dengan Koleksi Eksklusif LABUBU dan Siri Halloween

3

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 10 Oktober 2025 – Shopee Malaysia dan POP MART menambahkan keterujaan sempena Shopee 10.10 Festival Jenama dengan pelancaran khas Siri Halloween POP MART yang bertema seram serta restok mengejut bagi pelbagai koleksi popular. Peminat yang berbelanja di Kedai Rasmi POP MART di Shopee Mall juga boleh menebus hadiah eksklusif Spend & Win, termasuk koleksi ikonik ‘LABUBU FALL IN WILD’ dan ‘Let’s Checkmate’ Vinyl Plush Dolls daripada siri ‘THE MONSTERS’, hanya pada 10 Oktober.

[Kiri] Siri Halloween baru POP MART dan [Kanan] Ganjaran Spend & Win semasa Surprise Hours Drop 10.10 POP MART.

Bagi meraikan pelancaran ini, POP MART akan menganjurkan Surprise Hours Drop sepanjang 10 Oktober yang mengandungi restok watak kegemaran peminat serta pelancaran edisi terhad Halloween:

  • 12:00 AM: Restok LABUBU, Crybaby dan Twinkle Twinkle
  • 10:00 AM: Pelancaran Siri Baharu Halloween
  • 2:00 PM: Restok LABUBU, Crybaby dan Twinkle Twinkle
  • 6:00 PM: Restok LABUBU, Crybaby dan Twinkle Twinkle

Pelancaran ini akan mencapai kemuncaknya dengan Restok Siri Halloween eksklusif semasa Shopee Live pada 8:00 PM di Kedai Rasmi POP MART, dengan penampilan khas oleh pencipta kandungan Cayee Loh (@cayeeloh.mear).

Selain daripada pelancaran dan restok mengejut, peminat juga berpeluang untuk menebus ganjaran eksklusif Spend & Win, di mana:

  • Pembeli yang berbelanja RM300 dan ke atas berpeluang memenangi blind box rawak daripada mana-mana siri watak POP MART, termasuk Crybaby, Hirono, Baby Molly, atau Baby Tabby.
  • Pembeli yang berbelanja RM1,588 dan ke atas berpeluang memenangi LABUBU FALL IN WILD atau Let’s Checkmate Vinyl Plush Dolls daripada siri THE MONSTERS.

Jangan lepaskan peluang ini! Langgan Kedai Rasmi POP MART di Shopee Mall dan saksikan Shopee Live pada 10 Oktober untuk merebut koleksi Halloween edisi terhad serta peluang memenangi ganjaran eksklusif Spend & Win.

Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan, dan Brazil. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee memacu pembangunan ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Posted in Biz

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp