Huawei Cloud: Memupuk Tapak Produktif untuk Komput, Perkasa Perintis AI untuk Industri

45

SHANGHAI, 23 September 2025 /PRNewswire/ — Pada hari kedua berlangsungnya HUAWEI CONNECT 2025, Zhang Ping’an, Pengarah Eksekutif Lembaga Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Cloud menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Kecerdasan Sepenuhnya: Memperkasakan Perintis AI untuk Industri”. Beliau berkongsi inovasi dan amalan Huawei Cloud dalam perkhidmatan komput AI, model asas, AI terkandung, ejen AI dan banyak lagi.

Zhang Ping’an, Huawei’s Executive Director of the Board and CEO of Huawei Cloud

Inovasi berterusan dalam Perkhidmatan Komput AI: Memperkenalkan komput berkuasa dalam era pintar

Tahun ini, Huawei Cloud mengumumkan AI Compute Service yang dikuasakan oleh CloudMatrix384. Spesifikasi supernod Huawei CloudMatrix akan dinaik taraf daripada 384 kad kepada 8,192 kad. Supernod boleh menyokong kluster hiperskala yang mengoperasikan 500,000 hingga 1 juta kad, seterusnya menyediakan komput AI yang mantap, iaitu sumber yang tidak ternilai dalam era pintar. Huawei Cloud turut mengumumkan storan ingatan yang inovatif menerusi Elastic Memory Service (EMS) yang meraih pencapaian yang pertama dalam industri ini dengan mengembangkan RAM video dengan ingatan. Ini dapat mengurangkan kependaman perbualan berbilang pusingan secara drastik pada model asas, lantas meningkatkan pengalaman pengguna dengan ketara.

Huawei Cloud menggunakan pusat data AI terdingin cecair sepenuhnya di Guizhou, Mongolia Dalam dan Anhui, China. Pusat data AI ini menyokong pelesapan haba 80 kW bagi setiap kabinet, mengurangkan keberkesanan penggunaan kuasa (PUE) kepada 1.1 dan menawarkan O&M yang didayakan AI. Ini bererti perusahaan tidak perlu membina semula pusat data tradisional atau membina pusat data yang baharu. Sebaliknya, mereka hanya memerlukan sepasang gentian optik untuk bersambung dengan pusat data dan mengakses komput AI yang cekap, serta perkhidmatan awan AI khusus tindanan penuh pada Huawei Cloud.

Zhang Ping’an menyatakan bahawa AI Token Service daripada Huawei Cloud menghapuskan kerumitan teknikal yang tersembunyi dan memberikan hasil pengkomputeran AI akhir secara langsung kepada pengguna. Ini membolehkan pengguna menggunakan kuasa pengkomputeran inferens dengan cara yang paling cekap sebaiknya. Supernod CloudMatrix384 merealisasikan pengumpulan penuh sumber komput, ingatan dan storan, memisahkan tugas komput, tugas storan dan sistem pakar AI, serta menukar tugas bersiri kepada tugas selari teragih, lantas meningkatkan prestasi inferens sistem dengan sangat baik. Dalam senario yang melibatkan tugas inferens dengan keperluan kependaman yang berbeza, seperti inferens dalam talian, garis hampir dan luar talian, CloudMatrix384 memberikan purata prestasi inferens bagi setiap kad iaitu 3 hingga 4 kali ganda daripada H20.

Di persidangan ini, Zhang Ping’an mengumumkan pelancaran rasmi AI Token Service yang dikuasakan oleh CloudMatrix384. Perkhidmatan ini memberikan prestasi, perkhidmatan dan kualiti yang unggul kepada pelanggan.

Menangani cabaran secara langsung: Membantu perniagaan membina model mereka sendiri

Huawei Cloud menambah baik Model Pangu dengan meneliti secara mendalam senario khusus industri dan turut bekerjasama dengan pelanggannya untuk menangani cabaran mereka yang paling mendesak secara langsung, seterusnya membayangkan semula apa yang mungkin dicapai dalam industri-industri ini. Huawei menggunakan openPangu untuk menyediakan amalan terbaik untuk latihan dan inferens AI, lalu menjadikannya lebih mudah untuk pembangun menggunakan kuasa pengkomputeran AI dengan cekap. Zhang Ping’an menyatakan bahawa, pada masa yang sama, Huawei membangunkan Model Pangu sumber tertutup. Huawei akan terus meningkatkan pelaburan dalam Model Pangu, tekal mengkaji senario industri untuk lebih memahami keperluan pelanggan dan menyokong pelanggan dalam membangunkan model khusus industri mereka sendiri, seterusnya mempercepat transformasi pintar merentas industri-industri.

Model Pangu diaplikasikan dalam lebih 500 senario merentas lebih 30 industri. Ia memainkan peranan penting dalam bidang-bidang seperti perkhidmatan kerajaan, kewangan, pembuatan, penjagaan kesihatan, perlombongan arang batu, keluli, perkhidmatan kereta api, pemanduan autonomi dan meteorologi.

Maju melangkaui terminal: Mendayakan evolusi kecerdasan tak terhingga pada awan

Pada tahun ini, Huawei Cloud melancarkan CloudRobo Embodied AI Platform yang menggunakan algoritma kompleks dan logik pintar pada awan bagi merealisasikan robot yang lebih ringan. Dengan memanfaatkan kuasa pengkomputeran besar-besaran dan model AI termaju pada awan, platform ini menjadikan pelaksanaan robot sebagai sesuatu yang lebih pintar. Kecerdasan awan mengatasi batasan yang telah menghalang robot, lalu menjadikannya boleh diaplikasikan untuk lebih banyak senario.

Bagi membina saluran komunikasi disatukan, terbuka dan terjamin antara robot dan awan, Huawei Cloud melancarkan Protokol Robot ke Awan (R2C). Zhang Ping’an mengumumkan bahawa 20 rakan kongsi pertama bagi Protokol R2C bergabung secara rasmi.

Perkhidmatan Awan Kunpeng: Memperkasakan inovasi industri dengan sinergi perisian-perkakasan dan ekosistem terbuka

Salah satu strategi utama Huawei Cloud ialah membangunkan perkhidmatan awan ARM dikuasakan Kunpeng yang memberikan prestasi, keselamatan dan keandalan. Pada tahun lalu, bilangan teras komput Kunpeng pada Huawei Cloud meningkat daripada 9 juta kepada 15 juta, iaitu satu peningkatan sebanyak 67%. Selain itu, platform Kunpeng ditambah baik secara terus-menerus bagi menyokong keserasian dengan perisian arus perdana dan turut disesuaikan dengan lebih daripada 25,000 aplikasi. Platform Kunpeng memberikan sokongan padu kepada Kunpeng Cloud Services untuk diaplikasikan pada lebih banyak senario pengkomputeran am, selain daripada transkod, pangkalan data, aplikasi web dan telefon awan.

GaussDB: Membina asas data yang cekap dan andal berdasarkan supernod dan pengumpulan penuh

Berdasarkan supernod pengkomputeran tujuan am, pangkalan data GaussDB daripada Huawei Cloud merealisasikan pengumpulan berlapis-lapis antara sumber komput, ingatan dan storan serta membenarkan fungsi berbilang baca dan berbilang tulis pada mana-mana nod secara serentak, lalu terlepas daripada sekatan seni bina tradisional apabila hanya nod utama menyokong fungsi baca/tulis data. Pangkalan data GaussDB turut menyokong penjadualan beban yang dinamik, lalu meningkatkan prestasi pemprosesan transaksi secara serentak dengan ketara. Kluster GaussDB yang digunakan berdasarkan supernod pengkomputeran boleh memproses 5.4 juta transaksi seminit yang menyaksikan peningkatan prestasi sebanyak 2.9 kali ganda berbanding kluster bukan supernod.

Awan teragih semua-senario: Komput sentiasa ada dan sebaik mungkin dengan akses tempatan

Huawei Cloud membina penyelesaian awan teragih yang meliputi semua senario termasuk CloudOcean, CloudSea, CloudLake dan CloudPond. Ini meliputi kawasan tengah, kawasan titik penghala dan tapak pinggir, bagi membawakan pengalaman Huawei Cloud yang tekal ke mana-mana sahaja perniagaan pelanggan berada.

Membina platform mudah digunakan, berkesan dan terbuka untuk membangunkan dan mengoperasikan ejen

Huawei Cloud melancarkan Versatile, iaitu platform ejen gred perusahaan. Ia bertujuan untuk berfungsi sebagai platform yang mudah digunakan, berkesan dan terbuka bagi membangunkan dan mengoperasikan ejen AI. Menerusi platform ini, pelanggan akan diperlengkap dengan lebih baik untuk membangunkan ejen AI dengan pantas yang sesuai dengan senario aplikasi mereka.

Berasaskan Versatile, pengguna hanya perlu menyediakan dan memasukkan dokumen perihalan perniagaan dan carta alir. Selepas proses pengesahan yang mudah, ejen boleh dijana dengan dua langkah, lalu meningkatkan kecekapan penjanaan dengan ketara.

Sebagai tambahan kepada ucaptama yang disampaikan di acara ini, Huawei Cloud membawakan beraneka jenis agenda, seperti forum sidang kemuncak dan perbincangan meja bulat. Huawei Cloud turut bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk mempamerkan pelbagai jenis teknologi dan amalan yang inovatif dalam bidang-bidang seperti infrastruktur awan, model besar, pangkalan data, ejen AI dan AI terkandung, lantas menunjukkan sejauh mana teknologi boleh mempermudah transformasi digital dan pintar merentas industri-industri.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp