Thunes Perluas Pembayaran Rentas Sempadan Masa Nyata ke Arab Saudi

21

LONDON dan RIYADH, Arab Saudi, 15 September 2025 /PRNewswire/ — Thunes, Lebuh Raya Pintar untuk memindahkan wang ke seluruh dunia mengumumkan pelancaran pembayaran rentas sempadan masa nyata ke Arab Saudi. Melalui Rangkaian Global Langsungnya, Ahli-ahli Thunes kini boleh menghantar pembayaran segera terus ke akaun bank dan dompet di Kerajaan Arab Saudi ini dalam Riyal Saudi (SAR), seterusnya memperkemas transaksi untuk individu dan juga perniagaan.

Langkah ini dibuat tatkala Arab Saudi menggiatkan transformasi sektor kewangannya di bawah Wawasan 2030, dengan peningkatan permintaan untuk pembayaran rentas sempadan yang cepat dan telus. Menurut data industri*, nilai wang yang diterima dalam Kerajaan Arab Saudi dijangka mencecah AS $232 bilion pada tahun 2025, lalu menggambarkan pertumbuhan kukuh dalam volum transaksi dan penerimagunaan digital.

Penyelidikan daripada Laporan 2025 Thunes: Wang Tanpa Sempadan (2025 Report: Money Without Borders) mengetengahkan bahawa 65% ekspatriat melihat kelajuan transaksi sebagai faktor yang paling kritikal apabila memilih cara untuk menghantar dana. Dengan berhubung terus dengan rangkaian perbankan Saudi, Thunes dapat menyediakan pemindahan yang lebih pantas, lebih cekap kos dan lebih telus berbanding kaedah-kaedah pembayaran lazim.

Pelancaran ini membolehkan perniagaan luar negara yang mengurus kempen menunaikan ibadah Haji dan Umrah membuat bayaran kepada Kerajaan Arab Saudi dengan lancar dan selamat, seterusnya memastikan penyelesaian yang lebih cepat dan pengalaman yang lebih lancar untuk jemaah haji.

Ahmad Yaacoub, Naib Presiden MENA dan Ketua Negara untuk Arab Saudi di Thunes, berkata: “Sektor kewangan Arab Saudi sedang mengalami peralihan digital yang pesat dan permintaan terhadap pembayaran rentas sempadan yang lebih pantas dan andal menjadi lebih tinggi. Pelancaran pembayaran masa nyata kami kepada Kerajaan Arab Saudi memberikan Ahli-ahli kami alat untuk memenuhi jangkaan ini dan turut menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan perniagaan.”

Aik Boon Tan, Ketua Pegawai Rangkaian di Thunes, menambah: “Kini, kelajuan menjadi suatu keperluan dalam pembayaran rentas sempadan. Keupayaan pembayaran langsung masa nyata kami di Arab Saudi melengkapkan Ahli-ahli kami untuk membuat pemindahan segera, selamat dan telus kepada salah satu ekonomi Timur Tengah yang paling dinamik dan berkembang pesat.”

Menerusi pelancaran ini, Thunes memantapkan kepimpinannya bagi pembayaran rentas sempadan masa nyata dan menyokong rangkuman kewangan yang lebih besar, seterusnya membolehkan berjuta-juta orang mengambil bahagian secara lebih menyeluruh dan mudah dalam ekonomi global.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp