KARLSRUHE, Jerman, BRNO, Republik Czech dan TAIPEI, 1 September 2025 /PRNewswire/ — Tescan Group dengan bangganya memperkenalkan platform jenama global baharunya The Art of Discovery di Persidangan Mikroskopi (MC) pada tahun ini bertempat di Karlsruhe, Jerman. Dibina berdasarkan kepercayaan bahawa keindahan ada pada sesuatu yang masih belum ditemui, ia menggambarkan cita-cita Tescan untuk menjadi rakan kongsi pertumbuhan yang dipercayai dalam bidang sains. Susulan pengenalan globalnya di MC 2025, platform jenama ini akan membuat penampilan sulung Asia-Pasifik di SEMICON Taiwan (8–12 September 2025).

Penjenamaan semula ini menyaksikan langkah yang penting dalam peralihan Tescan ke arah model yang lebih bersepadu — menggabungkan teknologi canggih, penyelesaian berfokuskan aliran kerja, sokongan pakar serta sebuah komuniti yang dibina berasaskan ilmu yang dikongsi bersama. Ini menunjukkan tumpuan Tescan yang lebih luas dalam menyampaikan penyelesaian berpusatkan pelanggan dan bukan sekadar penyediaan teknologi.
Aspirasi, Pendekatan dan Pemacu Baharu
“Transformasi jenama kami menggambarkan kami pada hari ini — sebuah syarikat yang dibina berasaskan perkongsian yang utuh, dipacu oleh hasil, didorong oleh inovasi dan komited untuk menyampaikan penyelesaian penuh tekad yang mengutamakan pengguna,” kata Sirine Assaf, Ketua Pegawai Hasil di Tescan. Berpandukan prinsip-prinsip terasnya, Tescan menetapkan cita-cita yang jelas: untuk memperkasakan pelanggan dan rakan kongsi dengan alatan, perisian serta perkhidmatan yang dibina demi pencapaian seterusnya. Nadi bagi transformasi ini ialah idea yang mudah — menghapuskan halangan antara persoalan dan penemuannya. “Transformasi ini bukan hanya mengenai teknologi. Ia mencerminkan evolusi berterusan dari segi cara kita berfikir, cara kita bekerjasama dan juga cara kita mengupayakan komuniti saintifik dengan penyelesaian yang tepat pada masanya bagi mempercepat penemuan mereka,” kata Assaf.
Automasi dan Inovasi
Berdasarkan kejayaan pengenalan pelbagai instrumen baharu pada tahun lalu (termasuk plasma FIB-SEM Amber X 2) — Tescan meneruskan perjalanan inovasinya dalam seluruh portfolio. Pada tahun ini, tumpuan utama syarikat ini adalah untuk meningkatkan automasi dalam kesemua produknya yang bermatlamat untuk memperkemas aliran kerja saintis bilamana kelajuan dan ketepatan menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Di samping platform jenama baharunya, Tescan turut memperkenalkan dua penyelesaian perisian baharu: AutoSection dan TEM AutoPrep PRO – Inverted & Planar Lamella Automation. “Matlamat utama kami dalam bidang ini adalah untuk mengurangkan masa daripada pembelian instrumen hinggalah apabila pengguna boleh memanfaatkan sepenuhnya keupayaannya. Kami mencapai matlamat ini melalui automasi pintar, kepakaran aplikasi yang mendalam dan kolaborasi erat bersama pelanggan kami,” simpul Bruno Janssens, Ketua Pegawai Strategi di Tescan.
Perspektif Ketua Pegawai Eksekutif
Jean-Charles Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Tescan Group, mengulas:
“Ini merupakan lebih daripada reka bentuk semula kosmetik. Ia merupakan peletakan semula secara strategik yang menggambarkan cara kami melihat bagaimana sains berkembang dan juga sejauh mana Tescan berkembang seiring dengannya. Kami sejajar dengan era baharu penemuan saintifik dengan mendayakan aliran kerja yang bersepadu dengan lebih baik, masa yang lebih pantas bermula daripada persoalan hinggalah pemahaman serta hubungan yang lebih erat antara teknologi kami dan juga keperluan pengguna kami. Ini merupakan suatu peralihan daripada sebuah syarikat berorientasikan produk menjadi rakan kongsi penyelesaian. Ini bererti lebih banyak automasi, perisian yang lebih pintar dan set minda yang bertunjangkan hasil pelanggan. Penampilan baharu ini hanyalah cerminan kepada perubahan yang lebih mendalam itu.”
Pelancaran APAC
Susulan prasiar luar talian yang eksklusif di Simposium Antarabangsa mengenai Analisis Fizikal dan Kegagalan Litar Bersepadu (IPFA) pada awal Ogos, Tescan akan membuat penampilan sulung APAC bagi jenama baharunya di SEMICON Taiwan (8–12 September 2025). Sebagai sebahagian daripada Forum Pemeriksaan Lanjutan Semikonduktor dan Metrologi, Hervé Macé, Pengarah Pembangunan Perniagaan Global untuk Semikonduktor akan berucap pada 12 September mengenai Pembangunan Aliran Kerja Baharu bagi Menangani Cabaran Analisis Metrologi dan Kegagalan secara Makroskala, Mikroskala dan Nanoskala.
Tempat: 701F, 7F, Dewan 2 Pusat Pameran Nangang Taipei.