Lebih 100,000 Hadir Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya

10

PUTRAJAYA, 31 Ogos – Lebih 100,000 pengunjung berkumpul diDataran Putrajaya hari ini untuk menyambut Hari Kebangsaan 2025, mempamerkan semangat patriotik rakyat yang tidak pernah luntur.

Majlis ini dirasmikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Turut hadir ialah Perdana Menteri bersama isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri, barisan Menteri Kabinet, duta-duta asing dan konsul di Malaysia. Mengiringi Seri Paduka Baginda berdua ialah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor.

Gambar oleh  A Azmi

Bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, sambutan tahun ini menekankan komitmen kerajaan untuk mengutamakan kebajikan rakyat, selaras dengan prinsip MADANI yang menjunjung perpaduan, kesejahteraan, dan kemanusiaan.
Sorotan utama ialah perbarisan dan perarakan megah melibatkan 14,062 peserta, menampilkan pancaragam, aset hidup, kenderaan, serta kontinjen daripada sektor utama negara seperti ekonomi, telekomunikasi, industri kreatif, sukan, dan keselamatan. Kelainan tahun ini ialah penyertaan buat pertama kali Kontinjen Kepengerusian ASEAN 2025, bersempena peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, serta Kontinjen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Kemeriahan turut diserikan dengan Persembahan Khas Malaysia MADANI melibatkan 1,000 peserta dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), persembahan Teres Grafik Manusia oleh 2,000 pelajar di bawah koordinasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta pertunjukan bagpipe dan udara oleh Angkatan Tentera Malaysia. Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, yang menyampaikan lagu tema rasmi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.

Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Media dan Publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.

Bria AI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp