Enigmatig Raikan Penyenaraian NYSE American dengan Majlis Deringan Loceng, Menandakan Fasa Pertumbuhan Global Seterusnya 

24

NEW YORK, 18 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Enigmatig Limited (NYSE American: EGG) (“Enigmatig” atau “Syarikat”), pengupaya perniagaan global yang memperkasakan perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berkembang merentasi sempadan, hari ini membunyikan Loceng Penutupan di Bursa Saham New York (“NYSE”) bagi menandakan penyenaraian terbarunya dan mengesahkan sekali lagi misinya untuk memperkasakan cita-cita global perniagaan yang berani dan berpandangan jauh.

Desmond Foo, Founder & CEO, and team, joined by Tara Dziedzic, NYSE Head of US Listings, rings The Closing Bell (Photo Credit: NYSE)

Enigmatig mula berdagang pada 18 Jun 2025, susulan penyempurnaan tawaran awam awalnya sebanyak 3,005,200 syer biasa Kelas A pada nilai AS$5.00 sesaham termasuk pelaksanaan sebahagian daripada opsyen perumpukan lebihan penaja jamin. Tawaran ini meningkatkan hasil kasar kira-kira sebanyak AS$15 juta. Prime Number Capital LLC bertindak sebagai satu-satunya pengurus penajajaminan untuk tawaran ini.

Sebagai salah satu daripada sebahagian kecil firma yang beribu pejabat di Asia Pasifik dalam sektornya yang disenaraikan di NYSE American, pencapaian ini menekankan peranan Enigmatig sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk PKS yang mengemudi pengembangan rentas sempadan berkepentingan tinggi, kerumitan kawal selia dan kemasukan pasaran baharu.

Enigmatig’s Senior Leadership Team celebrates a milestone at the New York Stock Exchange: Desmond Foo, Founder & CEO (center), Mingwen Teo, Director & CFO (right), and Ryan Tay, COO (left) (Photo Credit: Enigmatig)

Desmond Foo, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Enigmatig, berkata, “Deringan loceng pada hari ini merupakan pencapaian penting yang cukup membanggakan dalam perjalanan 15 tahun kami untuk mengupayakan PKS mencapai cita-cita antarabangsa mereka. Penyenaraian kami memperkukuh asas kami untuk pengembangan global yang berani, membolehkan kami memperdalam keupayaan perkhidmatan kami, memajukan inovasi RegTech kami dan meluaskan jangkauan kami merentas hab kewangan yang utama di dunia. Enigmatig dibina untuk membimbing pelanggan sepanjang perjalanan pengembangan mereka – bermula daripada pemerbadanan hingga pelesenan, pematuhan dan pertumbuhan strategik – memberikan kejelasan, ketepatan dan perkongsian dalam setiap langkah perjalanan ini.”

Mingwen Teo, Pengarah dan Ketua Pegawai Kewangan Syarikat, menambah, “IPO kami yang berjaya dan prestasi separuh pertama yang kukuh mengesahkan kekuatan model perniagaan kami dan permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian pelesenan dan pematuhan yang komprehensif dan diupayakan oleh teknologi. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan penyenaraian kami, tetapi juga satu pengesahan semula visi jangka panjang kami untuk memperkasakan pematuhan di peringkat global sekali gus mencipta nilai yang mampan untuk pelanggan dan pemegang saham kami.”

Dengan hasil IPOnya, Enigmatig memacu gelombang pertumbuhan yang seterusnya dengan:

  • Mengembangkan pasukan kepimpinan dan pakarnya di pasaran utama dan menegak
  • Mempercepat RegTech dan inovasi automasi bagi memperkemas pematuhan
  • Meningkatkan khidmat nasihat strategik dengan cerapan yang lebih tajam dan dipacu data
  • Meneruskan M&A bersasar bagi memperkukuh penawaran perkhidmatan globalnya
  • Meluaskan kehadirannya dalam pasaran berpotensi tinggi untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan yang lebih dekat dengan tempat mereka beroperasi dan bercita-cita untuk beroperasi

Ditubuhkan pada tahun 2010, Enigmatig membina rekod prestasi yang kukuh merentas hab kewangan global dan bidang kuasa luar pesisir, termasuk Singapura, Hong Kong, Shanghai, London, Cyprus dan Belize, menyediakan penyelesaian tersuai dalam seluruh kitaran hayat perniagaan, bermula daripada pemerbadanan syarikat hinggalah pematuhan berterusan serta khidmat nasihat strategik. Platform CRM proprietarinya, mengintegrasikan KYC, AML dan alatan pemantauan transaksi, memberi tempat kepada RegTech sebagai teras dalam strategi pertumbuhan Syarikat, seterusnya membolehkan pematuhan yang lebih bijak dan lebih pantas untuk pelanggan baharu dan juga pelanggan sedia ada.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp