SINGAPURA, 14 Ogos 2025 /PRNewswire/ — The Sandbox, platform permainan sosial yang terkemuka dan subsidiari Animoca Brands mengumumkan perkongsian strategik bersama Laguna Network, laluan Web2-ke-Web3 yang disokong oleh Liminal (dahulunya dikenali sebagai Menyala). Kolaborasi ini memperkenalkan cara baharu untuk Pemilik LAND Asia Tenggara memperoleh pulangan nilai SAND bonus eksklusif dan ganjaran kripto apabila mereka membeli-belah melalui platform Laguna Network.

The Sandbox Bekerjasama dengan Laguna Network Perkenal Pulangan Nilai Dunia Sebenar untuk Pemilik LAND Asia Tenggara
2025-08-14 08:15
SINGAPURA, 14 Ogos 2025 /PRNewswire/ — The Sandbox, platform permainan sosial yang terkemuka dan subsidiari Animoca Brands mengumumkan perkongsian strategik bersama Laguna Network, laluan Web2-ke-Web3 yang disokong oleh Liminal (dahulunya dikenali sebagai Menyala). Kolaborasi ini memperkenalkan cara baharu untuk Pemilik LAND Asia Tenggara memperoleh pulangan nilai SAND bonus eksklusif dan ganjaran kripto apabila mereka membeli-belah melalui platform Laguna Network.
Empowering The Sandbox Users with Real World Shopping Rewards
Empowering The Sandbox Users with Real World Shopping Rewards
“Di The Sandbox, kami sentiasa mencari cara yang bermakna untuk memberi manfaat kepada komuniti kami di luar dunia maya. Perkongsian bersama Laguna Network membolehkan kami merapatkan jurang antara pemilikan digital dan nilai dunia sebenar, seterusnya memperkasakan pemilik SEA LAND kami untuk memperoleh ganjaran semasa mereka membeli-belah, melancong dan menjalani kehidupan.” – Belinda Lim, Pengurus Besar Wilayah (SEA BD) di The Sandbox.
“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan The Sandbox untuk menyediakan faedah-faedah komersial dunia sebenar kepada pemilik tanah maya. Perkongsian ini merupakan satu langkah yang besar menuju ke hadapan dalam misi kami untuk merapatkan pemilikan dan utiliti merentas dunia digital dan dunia sebenar bersama-sama rakan kongsi seperti The Sandbox.” Yix, Pengasas Laguna Network
Kolaborasi ini sejajar dengan matlamat bersama kedua-dua syarikat untuk menjadikan pengalaman Web3 lebih mudah dicapai, lalu memberi ganjaran kepada kehidupan seharian. Tatkala The Sandbox mengembangkan ekosistemnya ke seluruh Asia Tenggara, perkongsian ini menawarkan faedah-faedah baharu kepada ahli komuniti yang semakin bertambah di rantau ini.
Pemilik LAND The Sandbox boleh mula memanfaatkan program ini dengan mendaftar akaun di Laguna Network, kemudian menghubungkan alamat dompet yang menyimpan aset LAND mereka. Setelah disambungkan, mereka boleh memperoleh pulangan nilai dalam SAND untuk transaksi yang layak yang dibuat melalui platform Laguna.