Imigresen FC Cipta Sejarah Dalam Debut Liga Super Malaysia

16

BATU KAWAN, 9 Ogos 2025 – Imigresen FC mencatatkan penampilan sulung mereka dalam Liga Super Malaysia dengan persembahan bertenaga menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Batu Kawan malam tadi.

Kredit Foto : FB Rasmi Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang berada di Alor Setar untuk sebuah program, sempat singgah untuk memberikan sokongan kepada pasukan yang baru naik pangkat ini.

Walaupun keputusan perlawanan tidak memihak kepada mereka, Saifuddin kekal optimistik mengenai perjalanan pasukan. “Perjalanan masih panjang, dan ini hanyalah permulaan. Sebagai pasukan yang baru menjejakkan kaki ke peringkat tertinggi, fokus kini adalah untuk membina kekuatan dan keserasian pasukan,” katanya.

Beliau menggesa pemain untuk terus fokus dan memberikan yang terbaik di padang, sambil menambah, “Tidak perlu terbeban dengan jangkaan. Bermain dengan hati, dan kejayaan akan tiba kepada mereka yang tidak pernah berhenti berusaha.”

Saifuddin turut menyatakan harapan agar Imigresen FC terus mengekalkan semangat juang mereka dalam mengharungi cabaran liga elit ini.

E Arkian

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp