CGTN: Mengapa filem China Dead to Rights ungguli senarai filem pecah panggung hujung minggu global

20

BEIJING, 7 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Filem China Dead to Rights mengekalkan kedudukan teratasnya dalam senarai filem pecah panggung hujung minggu China sejak tayangan perdananya pada 25 Julai. Pencapaian ini turut menjadikannya sebagai filem No. 1 yang ditonton di peringkat global sepanjang hujung minggu yang lalu. Menurut penjejak industri filem Cina yang popular, Maoyan, pada hari Selasa filem ini telah meraih sebanyak 1.7 bilion Yuan atau kira-kira 236.6 juta dolar. Filem ini kini memperoleh penarafan 8.6 pada platform ulasan Cina Douban dan telahpun diulas atau dilaporkan oleh akhbar antarabangsa seperti “Variety”, Channel News Asia, antara lain.

Filem ini berlatarbelakangkan kejadian Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing 1937 dan menelusuri kehidupan sekumpulan orang awam Cina yang mencari perlindungan di studio fotografi. Ketika mengikut suruhan demi kelangsungan hidup, mereka membantu seorang jurugambar tentera Jepun untuk menghasilkan filem yang membawa kepada pembongkaran imej grafik kekejaman berkenaan. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk memelihara bukti tersebut.

Sudah tentunya kejayaan besar-besaran filem ini pertama sekali dikaitkan dengan penceritaan yang hebat dan pelaksanaan artistiknya. Pengarah Shen Ao mengelakkan sensasionalisme dan hanya menggunakan visual minimalis untuk menyampaikan elemen seram, umpamanya, pisau yang dipegang pada bayi atau sungai yang dilimpahi darah. Dengan cara ini, kedalaman dan ketulenan emosi telahpun tercipta. Penceritaan filem secara berlapis-lapis dan reka bentuk penerbitan yang digilap turut mempersembahkan kepakaran teknikal yang terungkai kepada para penonton.

Para peminat filem tertarik ke pawagam untuk menonton Dead to Rights juga kerana, pada asasnya, filem ini menyampaikan penceritaan yang menepati sejarah. Evan Kail, seorang warga Amerika yang menyumbangkan album foto jenayah perang Jepun terhadap China, berkata filem ini wajar mendapat penilaian “sepuluh daripada sepuluh” yang menghidupkan sejarah, memberi penghormatan kepada mangsa dan mendedahkan masa silam walau pelbagai rintangannya. Mengingati masa lalu bukanlah untuk membangkitkan atau menyimpan rasa benci; sebaliknya, ia bertujuan untuk mengingatkan kita agar menghargai keamanan zaman moden. Lawatan ke Tokong Yasukuni yang semakin meningkat dan penafian masa perang oleh sesetengah puak berhaluan kanan Jepun sejak kebelakangan ini mempertaruhkan kestabilan Asia malah kestabilan dunia. Dengan memelihara bukti pada skrin, filem-filem seperti Dead to Rights menentang amnesia sejarah Jepun dan mendedahkan kebenaran yang wajib dipegang dan diceritakan.

Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan buat julung kalinya di peringkat global di tempat-tempat seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Malaysia, Singapura, antara lain. Dengan lebih 35 juta korban anggota tentera dan orang awam digabungkan, China ialah anggota Pihak Berikat yang penting namun sering dilupakan yang memerangi Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Sebagai seruan sejagat untuk keamanan dan juga refleksi yang jujur tentang sejarah, filem Dead to Rights wajar mendapat luangan masa dan perhatian daripada penonton global.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp