WEPACK Southeast Asia 2025 Labuh Tirai dengan Momentum Industri Padu dan Impak Serantau

12

SHANGHAI, 7 Ogos 2025 /PRNewswire/ — WEPACK Southeast Asia 2025 yang diadakan di samping Paper Chain Southeast Asia Expo telahpun melabuhkan tirai dengan jayanya di Jakarta International Expo (JIEXPO), Dewan C2–C3, mulai 29 hingga 31 Julai.

Dianjurkan oleh RX Greater China melalui perkongsian strategik bersama Asosiasi Kotak Karton Gelombang Indonesia (AKKGI), acara ini menjadi salah satu platform perdagangan yang paling berpengaruh bagi pembuatan dan aplikasi bekas pembungkusan di Asia Tenggara. Ia komited untuk membina sebuah platform perniagaan cekap yang dapat menghubungkan seluruh rantaian industri pembungkusan serta menggalakkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa.

Sepanjang tiga hari lamanya, lebih daripada 150 peserta pameran mempamerkan penyelesaian termaju mencakupi peralatan pembungkusan berombak, teknologi pencetakan digital, bahan pulpa dan kertas serta sistem pembungkusan gred makanan. Pengusaha-pengusaha global dan serantau yang terkemuka seperti Mosca, Borregaard, Dongfang Precision, Fosber Group, Wonder, J.S. Corrugating Machinery, Bystar, Dinglong dan Keshenglong merupakan antara peserta pameran yang telahpun disahkan.

Acara ini menarik minat 5,382 hadirin profesional dari seluruh Asia Tenggara dan seterusnya, termasuk wakil-wakil daripada kalangan pengilang pembungkusan, pemilik jenama, syarikat logistik, persatuan industri dan juga badan kerajaan.

WEPACK Southeast Asia Conference dilancarkan secara rasmi di kawasan persidangan tapak pameran. Persidangan ini membawakan perbincangan yang diketuai oleh pakar berkenaan tema-tema termasuk “Masa Depan Pembungkusan Asia Tenggara: Kelestarian & Pembuatan Pintar,” “Trend Pencetakan Digital” dan “Peluang Pasaran untuk Karton Lipat dan Bungkusan Berombak.” Disokong oleh interpretasi dwibahasa, sesi-sesi interaktif memudahkan pertukaran ilmu rentas sempadan dan dialog strategik antara para pemimpin industri.

Sebagai platform perdagangan yang paling komprehensif di rantau ini untuk sektor pembungkusan dan pembuatan kertas, WEPACK Southeast Asia terus menyatukan ekosistem industri penuh—bermula daripada pembekal huluan bagi pulpa dan bahan lestari, hinggalah penyedia jentera dan teknologi pertengahan, serta penukar hiliran dan juga pengintegrasi penyelesaian. Format semua-dalam-satu yang unik ini mendorong inovasi, menggalakkan pelaburan serta mengupayakan integrasi rantaian bekalan di seluruh Asia Tenggara.

Wepack mengundang dengan penuh mesra semua ahli profesional industri pembungkusan dan kertas, penginovasi serta pihak berkepentingan untuk menyertai kami sekali lagi di WEPACK Southeast Asia 2026 yang melaluinya para pengusaha yang utama rantau ini akan berkumpul semula untuk satu lagi edisi yang mengujakan. Ayuh bertemu lagi tahun depan untuk meneroka teknologi baharu, membina perkongsian yang bermakna dan membentuk masa depan industri pembungkusan Asia Tenggara—bersama-sama.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp