Seegene Perkenal CURECA™ dan STAgora™ di ADLM 2025, Majukan Tahap Diagnostik Seterusnya

21
  • Dr. Jong-Yoon Chun, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Seegene mengetengahkan mengenai kemajuan menuju pengujian molekul automatik sepenuhnya dan dipacu data
  • Pengenalan kepada CURECA™, sistem automasi PCR tanpa jagaan sepenuhnya yang pertama dan STAgora™, platform analitis data global masa nyata
  • Teknologi direka untuk menskalakan automasi, meningkatkan cerapan data dan menyokong visi jangka panjang syarikat berkaitan dunia bebas daripada penyakit

SEOUL, Korea Selatan, 8 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Seegene Inc., peneraju bertaraf global bagi diagnostik molekul, memperkenalkan dua teknologi baharu di ADLM 2025 bertempat di Chicago (29–31 Julai) yang direka untuk memajukan automasi makmal dan pemantauan penyakit berjangkit dipacu data. Syarikat ini turut memperkenalkan CURECA™, sistem automasi PCR tanpa jagaan sepenuhnya yang pertama di dunia dan juga STAgora™, platform analitis data masa nyata yang bertujuan untuk menyokong pengesanan awal serta penjagaan yang jitu.

[Photo 1] Seegene showcased its fully unattended PCR automation system, CURECA™, and infectious disease data analysis platform, STAgora™, at ADLM 2025 in Chicago, July 29-31, 2025 (local time).

Pengerusi Mengetengahkan Langkah Seterusnya dalam Diagnostik Molekul 

“Menerusi CURECA™ dan STAgora™, kami mengambil langkah yang penting menuju masa depan diagnostik,” kata Dr. Jong-Yoon Chun, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Seegene semasa sesi sidang akhbar bersama rakan media A.S. dan global pada 30 Julai. “Matlamat kami adalah untuk membolehkan makmal di seluruh dunia mengautomasikan aliran kerja ujian yang kompleks dan menggunakan data diagnostik dengan lebih efektif yang akhirnya dapat membantu memajukan usaha global menuju dunia yang bebas daripada penyakit.”

Hari ini, kebanyakan sistem ujian molekul masih kekal berciri separa automatik, bergantung pada kakitangan mahir untuk langkah-langkah manual berulangan dan aliran kerja tetap yang membataskan kecekapan serta kebolehskalaan.

CURECA™ Menerobos Batasan Automasi bagi Membentuk Semula Diagnostik Global

CURECA™ ialah sistem pertama dalam industri diagnostik yang direka untuk mengautomasikan sepenuhnya setiap langkah dalam ujian PCR, termasuk peringkat prarawatan yang lazimnya manual. Seegene mengambil maklum bahawa pencapaian automasi penuh yang sebenar dalam bidang diagnostik memerlukan tiga syarat yang penting: operasi tanpa ahli profesional yang sangat terlatih, pemprosesan 24-jam yang berterusan dan input spesimen tanpa gangguan. CURECA™ direka untuk memenuhi ketiga-tiga syarat ini.

Modul khususnya, CURECA™ Prep memproses berbagai-bagai jenis spesimen seperti urin, darah, kahak dan tinja yang dapat menangani salah satu halangan yang paling berulang-ulang terhadap automasi. Dengan modul yang mengendalikan pelbagai spesimen prarawatan, sistem CURECA™ penuh melengkapkan aliran kerja PCR keseluruhan bermula daripada pemuatan sampel hinggalah pengekstrakan asid nukleik, amplifikasi dan analisis keputusan tanpa intervensi manual. Sistem ini direkayasa untuk operasi selama 24-jam yang berterusan dan bertujuan untuk meminimumkan kesilapan manusia, meningkatkan kecekapan aliran kerja serta membolehkan makmal memperuntukkan kakitangan mahir untuk aktiviti-aktiviti yang bernilai lebih tinggi.

Automasi penuh sudah sekian lama menjadi cabaran dalam bidang diagnostik lantaran kebolehubahan spesimen dan pergantungan kepada kakitangan terlatih untuk tugas-tugas prapemprosesan berulangan. CURECA™ bertujuan untuk membantu makmal mengatasi kekangan ini dengan menyediakan sistem boleh skala dan boleh suai yang dapat dikonfigurasikan agar sepadan dengan saiz makmal dan aliran kerja yang berbeza. CURECA™ Prep juga berpotensi untuk diperluas ke bidang-bidang ujian lain seperti kimia klinikal dan imunodiagnosis tatkala Seegene terus meneroka penyelesaian automasi yang lebih luas.

[Photo 2] An attendee listens to a presentation on STAgora™ at Seegene’s booth at ADLM 2025 in Chicago.

STAgora™ Mengubah Data Diagnostik kepada Kecerdasan Klinikal Masa Nyata

STAgora™ ialah platform yang terkini daripada Seegene, direka untuk mengumpul dan menganalisis data ujian PCR pada masa nyata, menyediakan makmal dengan konteks yang lebih luas untuk memaklumkan aliran kerja diagnostik. Platform ini melibatkan lebih daripada 40 alat analisis, menawarkan fungsi-fungsi seperti penjejakan arah aliran jangkitan, pemantauan kepositifan peringkat hospital dan analisis corak jangkitan bersama berbilang patogen. Daripada sekadar berfungsi sebagai repositori data yang ringkas, STAgora™ dibangunkan sebagai platform bersepadu yang bertujuan untuk membantu makmal memperoleh cerapan yang bermakna dan teragregat daripada data ujian.

Hari ini, keputusan ujian individu selalunya memberikan maklumat terbatas tanpa titik rujukan yang lebih luas. STAgora™ direka untuk menangani hal ini dengan membolehkan hospital membina set data statistik mereka sendiri dan membandingkan data teragregat merentas institusi-institusi bagi membantu mereka mengesan corak jangkitan dengan lebih cepat serta menyokong proses membuat keputusan yang lebih termaklum. Data yang dikongsi melalui platform ini dinyahkenalpasti dan diformatkan mengikut keperluan setiap institusi yang menyokong pertukaran yang selamat dan pada masa nyata di peringkat tempatan, nasional mahupun global.

[Photo 3] Dr. Jong-Yoon Chun, Chairman and CEO of Seegene, presents CURECA™ and STAgora™ during a press conference at ADLM 2025 in Chicago on July 30, local time.

Mara Menuju Dunia Bebas daripada Segala Penyakit 

Dr. Chun mengulangi visi jangka panjang Seegene untuk membangunkan “dunia yang bebas daripada penyakit” dengan menyatakan bahawa pengenalan kepada CURECA™ dan STAgora™ menyempurnakan lima tonggak teknologi teras syarikat ini. Kelima-lima tonggak ini melibatkan teknologi PCR proprietari Seegene, SGDDS (Sistem Pembangunan Berdigital Seegene) untuk pembangunan cerakin automatik, Inisiatif Perkongsian Teknologi globalnya dan kini penambahan ujian PCR automatik sepenuhnya dan juga keupayaan analitis data masa nyata.

Pakar-pakar industri di ADLM 2025 menunjukkan minat yang tinggi terhadap teknologi baharu daripada Seegene. Jamel Giuma, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif firma perunding IT makmal yang berpangkalan di Miami JTG Consulting Group, berkata, “Saya sudahpun menghadiri banyak persidangan ADLM selama ini dan CURECA™ ialah salah satu penyelesaian paling inovatif yang pernah saya lihat setakat ini. Saya percaya ia berpotensi untuk mempermudah aliran kerja makmal, mengurangkan beban ke atas kakitangan makmal dan benar-benar meningkatkan kecekapan operasi secara keseluruhan.”

“Dengan CURECA™ dan STAgora™, kami dapat menangani halangan yang wujud sejak dahulu lagi dalam bidang diagnostik molekul,” tambah Dr. Chun. “Sama seperti telefon pintar dan kenderaan elektrik yang mentransformasikan industri-industrinya, kami percaya teknologi ini akan mentakrifkan semula perkara yang dapat dicapai dalam ujian diagnostik, seterusnya membantu makmal di seluruh dunia mencapai automasi sebenar, menyerlahkan nilai data diagnostik dan akhirnya menyumbang kepada usaha untuk membangunkan dunia yang bebas daripada penyakit.”

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp