Xencelabs Perkenal Pen Display 24+: Paparan Lukisan Pertama dalam Industri dengan Pengurusan Warna Calman Ready Terbina-dalam

5

VANCOUVER, Washington, 6 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Xencelabs, jenama yang mengkhusus untuk memperkasakan artis dengan alatan lukisan digital premium dan terbaik dalam kelasnya, mengumumkan pelancaran Pen Display 24+ Xencelabs pada hari ini. Direka sebagai “Pilihan Baharu untuk Golongan Kreatif Studio,” paparan rintis ini mempunyai teknologi penentukuran warna Calman Ready terbina-dalam. Ciri yang pertama dalam industri untuk paparan pen ini akan memberikan ketepatan warna yang tiada tandingan dan penentukuran peringkat perkakasan yang dapat meningkatkan kecekapan aliran kerja dalam industri-industri profesional seperti fotografi, ilustrasi, animasi, kesan visual, penggambaran, permainan, seni reka perindustrian dan bidang-bidang kreatif kritikal-ketepatan warna yang lain.

Pertama dalam Industri daripada Xencelabs
Bagi memenuhi keperluan terhadap ketepatan warna dalam era digital serta permintaan daripada pengguna Xencelabs, Pen Display 24+ mengutamakan pengurusan warna untuk golongan profesional kreatif yang menggunakan paparan lukisan. Dibangunkan melalui kolaborasi bersama Portrait Displays, penyelesaian Calman Ready terbina dalam mengupayakan penentukuran peringkat perkakasan terus pada paparan. Dengan menyimpan data penentukuran (contohnya LUT) pada peranti, artis mencapai fideliti warna gred Hollywood yang konsisten merentas peranti dan aliran kerja sepanjang masa.

Ketepatan Warna Gred-Studio, Dipermudah 
Proses penentukuran warna diperkemas dengan ciri-ciri automatik: pengguna menyambungkan Portrait Display C6 HDR5000 atau kolorimeter yang serasi dengan perisian Calman® Professional[1] yang boleh memintas pelarasan peringkat OS yang kompleks dan gangguan perisian, lalu memastikan warna-warna tampak hidup memenuhi standard seperti Adobe RGB, DCI-P3, Rec. 709, Rec. 2020 dan sRGB. Selain daripada sokongan ruang warna yang disebut di atas, Pen Display 24+ turut menyokong palet disahkan Pantone® dan realisme diperakui SkinTone™. Dengan keserasian yang baru dikemas kini ini, Pen Display 24+ Xencelabs mengorak langkah yang kritikal ke hadapan buat pencipta profesional yang bekerja di studio filem, syarikat gergasi penstriman dan firma reka bentuk di seluruh dunia.

Melangkaui Warna: Pengalaman Melukis Premium, Bertaraf Dunia
Siri Pen Display 24 menyediakan reka bentuk dan pengalaman yang difikirkan dengan teliti untuk setiap aspek dalam perjalanan kreatif:

  • Rasa seperti Pen-atas-Kertas: Permukaan kaca Super AG Etching™ menyediakan gigi yang optimum, meniru tekstur kertas sekali gus menghilangkan silau dan pantulan, walaupun di bawah lampu studio yang terang.
  • Lengkung Tekanan Tertala Halus: Dibangunkan dengan maklum balas daripada lebih 100 artis profesional, lengkung tekanan tertala halus (8,192 tahap, pengaktifan awal 3g) merangkumkan nuansa bermula daripada coret yang halus hinggalah garis tebal. Dua pen yang disertakan, Pen 3 Butang + Pemadam v2 dan Pen Nipis + Pemadam v2, menawarkan pintasan yang boleh disesuaikan serta mata pen jenis Felt dan Standard untuk fleksibiliti sentuhan. Ia juga serasi dengan Siri Tablet Pen v2 Xencelabs.
  • Imersi Visual UHD 4K: Paparan 4K 23.8-inci (3840×2160) menghasilkan lebih 1.07 bilion warna dengan 99% Adobe RGB, 93% DCI-P3 dan 99% liputan sRGB.
  • Fleksibiliti Kerja Jarak Jauh: Sokongan untuk HP Anyware® (Windows Sahaja) dan Parsec[2] mengupayakan aliran kerja jarak jauh yang selamat, sesuai untuk pasukan yang bekerja merentas bandar dan di seluruh dunia.

Direkayasa untuk Produktiviti dan Keselesaan
Pen Display 24+ mengutamakan kreativiti tanpa gangguan dengan aliran kerja ergonomik yang berorientasikan perincian:  

  • Alat Kawalan Jauh Quick Keys: Alat kawalan jauh pintasan Quick Keys mempunyai skrin OLED dan menawarkan sehingga 44 pintasan khusus aplikasi (8 kekunci × 5 set + 4 mod dail), penukaran automatik antara perisian seperti Photoshop dan ZBrush.
  • Virtual Tablet Mode™: Kawal beberapa monitor/paparan sebagai satu kanvas lancar dengan hanya menggunakan pen. Lukis, seret dan berinteraksi merentas skrin dengan mudah. Sesuaikan warna lapisan, kelutsinaran, saiz dan kedudukan agar benar-benar sesuai dengan ruang kerja perisian yang berbeza, memberikan aliran kerja yang lebih pintar dan lebih diperibadikan.
  • Reka Bentuk Senyap, Tanpa Kipas: Dengan reka bentuk tanpa kipas dan plat belakang logam kekonduksian tinggi, Pen Display 24+ kekal sejuk apabila disentuh dan dalam masa yang sama kekal hampir senyap, agar anda boleh kekal fokus pada penciptaan.
  • KeserbabolehanErgonomik: Penyokong Condong (16°–72°) yang disertakan menyokong pelarasan sebelah tangan, manakala Penyokong Berbilang-Paksi pilihan mengupayakan putaran dan kedudukan di tepi meja dengan Mod Luar-Meja.

Segala-gala Yang Anda Perlukan, Disertakan
Setiap Pen Display 24+ menyertakan dua Pen v2, alat kawalan jauh Quick Keys, Penyokong Condong, Sarung Pen, dongel Bluetooth, mata pen, sarung tangan lukisan, kain pembersih dan semua kabel, lalu menghapuskan keperluan untuk membeli aksesori tambahan. Kensington MicroSaver® 2.0 Lock Slot pada Pen Display dan Kensington NANO® Security Slot™ pada alat kawalan jauh Quick Keys bagi tujuan perlindungan tambahan daripada kecurian atau kehilangan. 

Harga dan Ketersediaan
Pen Display 24+ Xencelabs tersedia sekarang dengan harga $1,899 USD. Untuk spesifikasi dan pembelian serantau, kunjungi www.xencelabs.com

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp