4 Daripada 5 Pengguna di APAC Mengambil Makanan Tambahan Kesihatan, Tetapi Separuh Kurang Yakin Membuat Pilihan yang Tepat – Tinjauan Herbalife

7

Trend Kesihatan Pencegahan Mendorong Keperluan Terhadap Sumber Maklumat yang Dipercayai

HONG KONG, 6 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Herbalife, syarikat komuniti kesihatan dan kesejahteraan terkemuka, hari ini mengumumkan hasil daripada Tinjauan Penambahan Makanan Bertanggungjawab Asia Pasifik (Asia Pacific Responsible Supplementation Survey) 2025, yang mendedahkan bahawa walaupun pengambilan makanan tambahan kesihatan semakin meluas di Asia Pasifik (APAC), ramai pengguna masih kurang yakin dalam membuat keputusan yang tepat. Empat daripada lima (80%) pengguna di rantau ini mengakui mengambil makanan tambahan secara tetap, namun hanya separuh (50%) yang berasa yakin dengan kemampuan mereka untuk membuat pilihan yang bijak mengenai makanan tambahan.

Tinjauan yang dijalankan pada Mei 2025 ini meneliti sikap dan tingkah laku pengguna terhadap makanan tambahan kesihatan di APAC. Dalam tinjauan ini, ‘membuat pilihan makanan tambahan yang bertanggungjawab’ ditakrifkan sebagai amalan yang melibatkan pemahaman menyeluruh tentang komposisi bahan, kualiti produk, dos yang disyorkan, had pengambilan, serta interaksi dengan makanan tambahan atau ubat-ubatan lain sebelum membuat keputusan. Tinjauan ini melibatkan 9,000 responden dari 11 pasaran, termasuk Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan Vietnam.

“Penemuan ini menunjukkan terdapat jurang yang ketara dalam pengetahuan pengguna mengenai pengambilan makanan tambahan yang betul, yang mengakibatkan kurangnya keyakinan dalam membuat keputusan yang tepat. Walaupun begitu, perkara positif yang ditemui ialah kebanyakan pengguna memberi keutamaan kepada sumber maklumat yang dipercayai. Oleh itu, Herbalife terus bekerjasama dengan pelbagai institusi untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan yang sihat dan membantu orang ramai membuat pilihan makanan tambahan yang lebih baik, berdasarkan fakta dan sokongan sains. Kami komited untuk membantu orang ramai membina asas gaya hidup yang lebih sihat dan memperkasakan perjalanan mereka menuju kesejahteraan,” kata Thomas Harms, Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Herbalife.

Membuat Pilihan Makanan Tambahan yang Bertanggungjawab

Di seluruh APAC, sumber maklumat utama yang mempengaruhi keputusan pengguna mengenai makanan tambahan adalah daripada profesional penjagaan kesihatan (61%), diikuti oleh rakan dan keluarga (41%), serta penyelidikan produk secara bebas (30%).

Namun, penemuan yang menarik datang daripada responden Generasi Baby Boomer. Walaupun separuh daripada mereka mengambil makanan tambahan setiap hari, mereka merupakan kumpulan yang paling kurang memberi perhatian tentang pemilihan makanan tambahan yang tepat – hanya 30% yang memberi perhatian kepada perkara ini. Mereka juga paling kurang yakin, dengan hanya 42% yang berasa yakin dengan keputusan mereka berbanding kumpulan umur lain.

Sebaliknya, Generasi Z adalah yang paling percaya diri dalam membuat pilihan yang berinformasi (47%) dan paling yakin (58%) dengan kemampuan mereka untuk memilih makanan tambahan yang tepat.

Jurang Pengetahuan tentang Makanan Tambahan Kesihatan, Namun Keselamatan Produk Tetap Keutamaan

Tinjauan ini juga menunjukkan jurang pengetahuan yang ketara tentang kesan pengambilan makanan tambahan secara berlebihan. Sebagai contoh, ramai yang tidak menyedari kesan buruk daripada pengambilan vitamin C, kalsium, dan vitamin D berlebihan. Lebih dua pertiga responden tidak tahu mengenai kesan pengambilan berlebihan bagi suplemen-suplemen ini.

Walaupun terdapat jurang pengetahuan, keputusan pembelian pengguna tetap dipandu oleh faktor keselamatan dan keberkesanan produk (49%), pengesyoran daripada ahli profesional penjagaan kesihatan (43%), dan pensijilan kualiti (38%). Kepercayaan terhadap jenama juga memainkan peranan penting, dengan 95% pengguna di APAC mengakui bahawa jenama mempengaruhi keputusan pembelian mereka.

Fokus kepada Kesihatan Pencegahan Mendorong Pengambilan Makanan Tambahan

Sebilangan besar responden (92%) menegaskan bahawa penjagaan kesihatan pencegahan sangat penting untuk kesejahteraan mereka. Antara langkah utama yang mereka ambil untuk mencapai kesihatan yang lebih baik termasuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat (55%), mengambil makanan tambahan kesihatan (54%), dan melakukan lebih banyak aktiviti fizikal (46%).

Namun, walaupun ramai yang berusaha ke arah itu, kurang daripada separuh (46%) yang optimis tentang mencapai matlamat kesihatan mereka. Pengguna Generasi Z (53%) dan Milenial (50%) menunjukkan tahap keyakinan yang lebih tinggi berbanding Generasi X (40%) dan Baby Boomers (39%).

“Memandangkan semakin ramai pengguna yang mengambil tanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri, adalah penting untuk mereka mendapat sumber maklumat yang dipercayai mengenai cara pengambilan makanan tambahan yang betul dan manfaatnya. Ketika memilih makanan tambahan, pastikan untuk menyemak tahap ujian bahan dan ketelusan jenama, serta pensijilan pihak ketiga. Penyumberan yang berhati-hati adalah penting untuk memastikan produk makanan tambahan dihasilkan dengan kualiti yang tinggi, konsisten, dan selamat,” kata Harms.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp