Yayasan Temasek dan 5P Global Movement Melancarkan Anugerah Keharmonian dalam Kepelbagaian 

10

Anugerah serantau pertama seumpamanya memberi pengiktirafan kepada pemimpin harmoni yang memajukan perpaduan sosial di Asia Tenggara

SINGAPURA, 6 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Anugerah Keharmonian dalam Kepelbagaian (Harmony in Diversity Award), satu inisiatif baharu yang mengiktiraf individu-individu yang menunjukkan usaha yang cemerlang dalam memupuk perpaduan sosial serta keharmonian antara rakyat yang berbeza budaya di Asia Tenggara, telahpun dilancarkan secara rasmi pada hari ini.

Dari kiri ke kanan: Dr William Sabandar, Chairman, 5P Indonesia; Mr Ng Boon Heong, Executive Director and Chief Executive Officer,Temasek Foundation; Mayor Joy Belmonte, Mayor of Quezon City, Philippines; Ms Jennie Chua, Chairman, Temasek Foundation; Her Royal Highness Tunku Tun Aminah, Non-Independent Non-Executive Chairman, Berjaya Corporation Berhad; Madam Halimah Yacob, Chancellor of the Singapore University of Social Sciences, Patron of the Harmony in Diversity Award and former President of the Republic of Singapore; Mr Dinesh Vasu Dash, Minister of State, Ministry of Culture, Community and Youth and Ministry of Manpower; Ms Retno L.P. Marsudi, Former Minister of Foreign Affairs, Indonesia; Mr M. Arsjad Rasjid P.M., Founder of 5P Global Movement; Mr Panote Sirivadhanabhakdi, Group Chief Executive Officer of Frasers Property Limited; Father Marcin Schmidt, Co-Founder of 5P Global Movement; Mr James Chan, Senior Director, Temasek Foundation

Disampaikan oleh Yayasan Temasek melalui kolaborasi bersama 5P Global Movement sebagai sekretariat sokongan, Anugerah ini mendorong aspirasi untuk mencapai keharmonian sosial dan bertujuan untuk menguatkan impak dalam memupuk perpaduan sosial di rantau ini.

Menurut Southeast Asian Social Cohesion Radar 2025[1], satu kajian serantau yang dijalankan oleh S. Rajaratnam School of International Studies, indeks perpaduan sosial rantau ini mencapai purata 72.4% yang menunjukkan potensi kesedaran yang lebih tinggi tentang keharmonian dan kepelbagaian, serta penghargaan bersama yang berterusan di seluruh Asia Tenggara.

Anugerah Keharmonian dalam Kepelbagaian bertujuan untuk:

i.  Meningkatkan pemahaman dan kesedaran tentang inisiatif perpaduan sosial dan keharmonian di Asia Tenggara;
ii.  Mewujudkan rangkaian jaguh-jaguh Keharmonian dalam Kepelbagaian bagi menggalakkan perpaduan sosial dan keharmonian di Asia Tenggara; dan
iii.  Meningkatkan kolaborasi silang budaya bagi menguatkan impak pemupukan keharmonian dalam masyarakat di Asia Tenggara.

Pelancaran anugerah ini diserikan oleh Puan Halimah Yacob, Canselor Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura, Penaung bagi Anugerah Keharmonian dalam Kepelbagaian serta bekas Presiden Republik Singapura.

“Keharmonian sosial tidak berlaku secara kebetulan – ia sesuatu yang dibina, dipupuk dan dilindungi. Ia tidak boleh diambil mudah. Dalam keadaan yang tidak menentu, kita tidak seharusnya hilang semangat. Kita harus terus membina jambatan merentasi jurang dan berjalan beriringan antara satu sama lain. Anugerah Keharmonian dalam Kepelbagaian ini merupakan satu pengiktirafan buat mereka yang memilih untuk merapatkan jurang dan memupuk perpaduan sosial dan keharmonian di Asia Tenggara serta untuk memberi inspirasi kepada lebih banyak lagi inisiatif. Terima kasih diucapkan kepada Yayasan Temasek dan 5P Global Movement kerana memperjuangkan perjalanan yang bermakna ini,” kata Puan Halimah Yacob.

En. Ng Boon Heong, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Temasek, berkata, “Anugerah Keharmonian dalam Kepelbagaian ini merupakan sesuatu yang lebih daripada sekadar pengiktirafan – ia merupakan seruan untuk bertindak. Ia juga merupakan platform untuk membina sebuah komuniti serantau yang terdiri daripada jaguh-jaguh yang memajukan keharmonian dengan cara yang bermakna, seterusnya mewujudkan ruang bersama bagi kepercayaan, rasa hormat dan persefahaman. Dengan mengetengahkan kisah-kisah mereka, Yayasan Temasek berharap dapat menginspirasikan kesedaran yang lebih tinggi, mengukuhkan hubungan dan mencetuskan tindakan kolektif bagi memperdalam perpaduan sosial di seluruh Asia Tenggara.”

En. M. Arsjad Rasjid P.M., Pengasas 5P Global Movement, sekretariat sokongan bagi Anugerah ini, menambah: “Anugerah ini menggambarkan apa yang kami percaya di 5P — bahawa keamanan dan kemakmuran diperoleh dengan memuliakan individu, melindungi planet ini dan membina perkongsian yang berpaksikan kepercayaan. Keharmonian yang sejati memerlukan kita semua, bermula dengan individu hinggalah institusi untuk saling bekerjasama. Dengan memberi pengiktirafan buat mereka yang merapatkan jurang dan memperbaiki kehidupan orang lain, kami berharap dapat menginspirasikan kolaborasi yang lebih besar merentas sektor, sempadan dan juga generasi.”

Anugerah Keharmonian dalam Kepelbagaian: Pelawaan Pencalonan

Anugerah ini terbuka kepada warga Asia Tenggara yang telah memacu inisiatif yang membawa impak dan inovatif bagi memajukan keharmonian sosial dalam komuniti mereka.

Pencalonan haruslah dikemukakan oleh organisasi, seperti pertubuhan bukan kerajaan, institusi akademik, perniagaan atau kerajaan. Calon-calon yang layak haruslah menunjukkan komitmen untuk memupuk perpaduan sosial melalui inisiatif yang relevan, inovatif serta memberi impak.

Individu-individu akan dinilai berdasarkan kerangka R.A.I.S.E. yang mempertimbangkan:

  • Perkaitan dengan cabaran dalam memupuk keharmonian
  • Penjajaran dengan nilai-nilai keamanan, kemakmuran, insan, planet dan perkongsian
  • Inovasi dalam pendekatan atau konsep
  • Kepentingan impak komuniti yang ditunjukkan
  • Meningkatkan dan memperbaiki kehidupan serta memupuk rasa kekitaan

Penerima anugerah yang terpilih akan menerima:

  • USD 20,000
  • Trofi yang melambangkan keharmonian dalam kepelbagaian
  • Platform untuk mempersembahkan hasil kerja mereka di sebuah acara serantau yang dihadiri oleh penggerak keamanan, pemimpin pemikiran serta wakil pelbagai sektor.

Pencalonan kini dibuka dan akan ditutup pada Disember 2025. Untuk maklumat lanjut dan butiran penyerahan, sila e-melkan kepada secretariat@5pglobal.org.

Panel Penilai

Pencalonan akan disemak oleh barisan panel terhormat yang terdiri daripada para pemimpin wilayah:

  • Duli Yang Teramat Mulia Tunku Tun Aminah, Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif, Berjaya Corporation Berhad
  • Cik Retno L.P. Marsudi, Bekas Menteri Luar Negeri, Indonesia
  • Datuk Bandar Joy Belmonte, Datuk Bandar Kota Quezon, Filipina
  • En. Panote Sirivadhanabhakdi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Frasers Property Limited
  • En. Ng Boon HeongPengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Temasek
Posted in Biz

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp