Kampung Air Bah Persembah Budaya dan Warisan Suku Lanoh Kepada Delegasi UNESCO Global Geopark

LENGGONG, 21 Julai (Bernama) — Lanoh, suku kaum orang Asli yang pernah tinggal di sekitar kawasan Lenggong di Hulu Perak sebelum tahun 1920-an memiliki khazanah budaya dan warisan yang unik dan  tersendiri.

Sesi penilaian bagi Geopark Global UNESCO Lenggong diketuai oleh dua penilai, Dr. Mahito Watanabe dari Jepun dan Dr. Ahmet Serdar Aytaç dari Turki.  

Penempatan bagi rumpun bangsa Semang-Negrito ini tertumpu di Kampung Air Bah berikutan bilangan penduduk yang paling ramai sukun Lanoh kira-kira lebih 300 orang. Kawasan perkampungan ini tertakluk dibawah pewartaan Tapak Warisan Dunia UNESCO 2012. Justeru peranan masyarakat pribumi ini ternyata amat  bernilai dalam mengekalkan warisan dunia.

Pada 14 Julai 2025, suku kaum Lanoh ini telah menerima kunjungan daripada delegasi UNESCO Global Geopark yang bertujuan membuat proses penilaian Lembah Lenggong sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) yang ketiga di Malaysia, selepas Langkawi dan Kinabalu.

Semasa kunjungan tersebut, Ketua Masyarakat Komuniti Lanoh, Tok Batin Mohd RizalAlias berkata pihak memperkenalkan warisan kaum Lanoh dari aspek makanan tradisi, hasil kraftangan daripada sumber hutan dan juga demonstrasi menyumpit.

“Pada kunjungan ini saya mendapati pihak penilai tertarik dengan juadah yang kami sediakan. Makanan yang tidak pernah mereka rasai dan kini pihak penilai berpeluang untuk menikmatinya. Mereka sangat suka dan seronok kerana mereka dapat merasai (juadah) sesuatu yang baharu.”

“Antara yang kami sajikan ialah nasi dalam buluh yang dalam bahasa Lanoh disebut  po’oil, kita juga sediakan umbut bayas dan juga sambal Lanoh iaitu ada tiga jenis sambal iaitu sambal Be’Het, Hi’Pie dan Be’Yik,” katanya.

Penghasilan sambal Lanoh ini telah dijadikan produk penduduk Kampung Air Bah yang mana pasarannya melangkaui  negara jiran seperti Brunei dan Singapura. Menurut Tok Batin Mohd Rizal lagi, kesan daripada pengikhtirafan  Lembah Lenggong oleh UNESCO, masyarakat luar sudah mula mengenali suku kaum Lanoh khususnya penduduk di  kampung ini. 

Sesi Penilaian Aspiring Lenggong UNESCO Global Geopark telah dilaksanakan sejak 11 hingga 17 Julai dan ia diwakili oleh penilainya iaitu Dr. Mahito Watanabe dari Jepun dan Dr. Ahmet Serdar Aytaç dari Turki. Kunjungan ke Kampung Air Bah turut disertai oleh badan pengurusan Lenggong Geopark Malaysia, para pakar daripada pelbagai bidang, dan wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri Perak.

Delegasi ini disambut oleh Yayasan Bambusa selaku pihak yang menjadikan kampung ini sebagai kampung angkat dan Yayasan ini diasaskan oleh Dr. Muhammad Hakim Abdullah.

Dalam mengekalkan sejarah ketamadunan manusia di negara ini, etnografi dan arkeologi masyarakat Lanoh sangat penting bukan sahaja untuk tujuan pemeliharaan warisan budaya Orang Asli tetapi berguna untuk tujuan tatapan generasi pada masa hadapan. 

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp